Kegunaan
Apa itu Teofilin (theophylline)?
Teofilin digunakan untuk mencegah dan merawat nafas berbunyi (wheezes), sesak nafas dan dada sempit disebabkan asma, kronik bronkitis, emfisema dan penyakit paru-paru yang lain. Ia mengembangkan laluan angin di dalam paru-paru menjadikannya lebih mudah untuk bernafas.
Teofilin kadangkala digunakan untuk merawat masalah pernafasan bagi bayi pramatang. Sila bertanya pada doktor anda tentang risiko menggunakan ubat ini untuk masalah bayi anda.
Bagaimanakah kegunaan Teofilin (theophylline)?
Teofilin terdapat dalam bentuk tablet, kapsul, larutan dan sirap untuk diambil melalui mulut. Ia kebiasaanya diambil setiap 6, 8, 12 atau 24 jam. Ambil Teofilin sepertimana yang diarahkan. Jangan ambil lebih atau kurang daripada yang sepatutnya atau mengambilnya dengan lebih kerap berbanding apa yang dipreskrip oleh doktor anda.
Ambil ubat ini dengan segelas air penuh ketika perut kosong sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan. Jangan menguyah atau menghancurkan tablet bertindak lama (long-acting); telan keseluruhannya. Kapsul bertindak lama (seperti Theo-Dur Sprinkles) boleh ditelan secara keseluruhannya atau dibuka dan dicampurkan isinya dengan makanan yang lembut untuk ditelan tanpa dikunyah.
Teofilin mengawal simptom-simptom asma dan penyakit paru-paru yang lain tetapi ia tidak merawatnya. Teruskan mengambil Teofilin walaupun anda berasa sihat. Jangan berhenti mengambil Teofilin sebelum berbincang dengan doktor anda.
Bagaimana saya menyimpan Teofilin (theophylline)?
Teofilin sebaiknya disimpan pada suhu bilik dan jauh daripada cahaya langsung dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan pada ubat, anda harus tidak menyimpan ubat di dalam tandas atau peti ais beku. Mungkin ada jenama Teofilin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Teofilin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga dan amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Teofilin (theophylline)?
Sebelum mengambil Teofilin, sila beritahu doktor anda:
- Sekiranya anda ada alahan terhadap Teofilin atau ubat-ubatan lain.
- Anda menggunakan produk tembakau. Merokok boleh mengurangkan keberkesanan Teofilin.
- Mengambil minuman atau makanan mengandungi kafein yang tinggi, seperti kopi, teh, koko dan coklat boleh meningkatkan kesan sampingan dari pengambilan Teofilin. Elakkan pengambilan bahan ini dalam kuantiti yang banyak semasa menggunakan Teofilin.
Adakah selamat untuk mengambil Teofilin (theophylline) semasa mengandung atau menyusukan bayi
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Teofilin, berdasarkan kepada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), tergolong dalam ubat kategori C bagi risiko mengandung.
Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:
- A=Tiada risiko
- B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
- C=Mungkin terdapat sedikit risiko
- D=Terbukti berisiko
- X=Kontraindikasi
- N=Tidak diketahui
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan Teofilin (theophylline)?
Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:
- Ketidakselesaan perut
- Sakit perut
- Cirit birit
- Sakit kepala
- Kegelisahan
- Insomnia
- Iritabiliti (lekas marah)
Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku:
- Muntah
- Degupan jantung bertambah atau laju
- Degupan jantung tidak sekata
- Sawan
- Ruam pada kulit
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak Balas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Teofilin (theophylline)?
Teofilin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:
- Allopurinol (Zyloprim)
- Azithromycin (Zithromax)
- Carbamazepine (Tegretol)
- Cimetidine (Tagamet)
- Ciprofloxacin (Cipro)
- Clarithromycin (Biaxin)
- Diuretik
- Erythromycin
- Lithium (Eskalith, Lithobid)
- Pil pencegah kehamilan
- Phenytoin (Dilantin)
- Prednisone (Deltasone)
- Propanolol (Inderal)
- Rifampin (Rifadin)
- Tetracycline (Sumycin)
- Ephedrine
- Epinephrine
- Phenylephrine
- Phenylpropanolamine
- Pseudoephedrine
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Teofilin (theophylline)?
Teofilin mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Teofilin (theophylline)?
Teofilin akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:
- Sawan
- Ulser
- Penyakit jantung
- Kelenjar tiroid terlebih atau kurang aktif
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit hati
- Sejarah penyalahgunaan alcohol
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk asma – akut
Dos pemuatan: 5 mg/kg dos pemuatan (pesakit tidak mengambil Teofilin atau aminophylline)
Dos penyelenggaraan
- Orang dewasa sihat dan tidak merokok: 10 mg/kg/hari. Jangan melebihi 900 mg/hari.
- Orang dewasa sihat dan merokok: 16 mg/kg/hari.
- Pesakit kegagalan jantung kongestif atau kor pulmonale: 5 mg/kg/hari. Jangan melebihi 400 mg/hari.
Dos kebiasaan bagi orang dewasa untuk asma – penyeleggaraan
Dos pemuatan: 5 mg/kg dos pemuatan (pesakit tidak mengambil Teofilin atau aminphylline)
Dos penyelenggaraan
- Orang dewasa sihat dan tidak merokok: 10 mg/kg. Jangan melebihi 900 mg/hari.
- Orang dewasa sihat dan merokok: 16 mg/kg/hari.
- Pesakit kegagalan jantung kongestif atau kor pulmonale: 5 mg/kg/hari. Jangan melebihi 400 mg/hari.
Dos kebiasaan bagi pesakit geriatrik untuk asma – akut
- Dos pemuatan: 5 mg/kg dos pemuatan (pesakit tidak mengambil Teofilin atau aminophylline).
- Sihat dan tidak merokok: 10 mg/kg/day. Jangan melebihi 900 mg/hari.
- Pesakit kegagalan jantung kongestif, kor pulmonale, dan/atau disfungsi hati: 5 mg/kg/hari. Jangan melebihi 400 mg/hari.
Dos kebiasaan bagi pesakit geriatrik untuk asma – penyelenggaraan
- Dos pemuatan: 5 mg/kg dos pemuatan (pesakit tidak mengambil Teofilin atau aminophylline)
- Sihat dan tidak merokok: 10 mg/kg/hari. Jangan melibihi 900 mg/hari.
- Pesakit kegagalan jantung kongestif, kor pulmonale, dan/atau disfungsi hati: 5 mg/kg/hari. Jangan melebihi 400 mg/hari.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk asma – akut
Dos pemuatan
- Jika tiada Teofilin diberikan dalam tempoh 24 jam yang lalu: 5 mg/kg dos pemuatan untuk mencapai kepekatan serum sekitar 10 mcg/ml; dos pemuatan hendaklah diberikan menggunakan produk cepat serap oral dan bukannya produk pelepasan berterusan.
- Jika Teofilin diberikan dalam tempoh 24 jam yang lalu: 2.5 mg/kg Teofilin boleh diberikan dalam kecemasan jika kepekatan serum tidak boleh didapati.
Dos penyeleggaraan:
- Kurang dari 42 hari: 4 mg/kg/hari melalui mulut.
- 42 ke 181 hari: 10 mg/kg/hari melalui mulut. Dos alternatif: [(0.2 x umur dalam minggu) + 5] x kg = dos oral selama 24 jam dalam milligram.
- 6 ke 12 bulan: 12 ke 18 mg/kg/hari. Dos alternatif: [(0.2 x umur dalam minggu) + 5] x kg = dos oral selama 24 jam dalam milligram.
- 1 ke 8 tahun: 20 ke 24 mg/kg/hari.
- 9 ke 11 tahun: 16 mg/kg/day.
- 12 ke 15 tahun: 13 mg/kg/hari.
- 16 tahun dan ke atas: 10 mg/kg/hari. Jangan melebihi 900 mg/hari.
Dos kebiasaan bagi kanak-kanak untuk asma – penyelenggaraan
Dos pemuatan:
- Jika tiada Teofilin diberikan dalam tempoh 24 jam yang lalu: 5 mg/kg dos pemuatan untuk mencapai kepekatan serum sekitar 10 mcg/ml; dos pemuatan hendaklah diberikan menggunakan produk cepat serap oral dan bukannya produk pelepasan berterusan.
- Jika Teofilin diberikan dalam tempoh 24 jam yang lalu: 2.5 mg/kg Teofilin boleh diberikan dalam kecemasan jika kepekatan serum tidak boleh didapati.
Dos penyelenggaraan:
- Kurang dari 42 hari: 4 mg/kg/hari melalui mulut.
- 42 ke 181 hari: 10 mg/kg/hari melalui mulut. Dos alternatif: [(0.2 x umur dalam minggu) + 5] x kg = dos oral selama 24 jam dalam milligram.
- 6 ke 12 bulan: 12 ke 18 mg/kg/hari. Dos alternatif: [(0.2 x umur dalam minggu) + 5] x kg = dos oral selama 24 jam dalam milligram.
- 1 ke 8 tahun: 20 ke 24 mg/kg/hari.
- 9 ke 11 tahun: 16 mg/kg/day.
- 12 ke 15 tahun: 13 mg/kg/hari.
- 16 tahun dan ke atas: 10 mg/kg/hari. Jangan melebihi 900 mg/hari.
Dos kebiasaan bagi bayi pramatang untuk apnea
Dos pemuatan: 4.6 mg/kg/dos.
Penyelenggaraan:
- Neonatal pramatang: Umur pascanatal kurang dari 24 hari: 1 mg/kg/hari/dos setiap 12 jam.
- Neonatal pramatang: Umur antara pascanatal 24 hari ke atas: 1.5 mg/kg/dos setiap 12 jam.
- Bayi cukup bulan: Jumlah dos harian (mg) = [(0.2 x umur dalam minggu) + 5] x (berat dalam kg); bahagikan dos kepada 3 jumlah yang sama dan diberikan setiap 8 jam.
Dos alternatif:
Dos pemuatan: 5 ke 6 mg/kg/dos.
Penyelenggaraan: 2 ke 6 mg/kg/hari dibahagikan setiap 8 ke 12 jam.
Disfungsi hati:
Dos pemuatan: 5 mg/kg dos pemuatan (pesakit tidak mengambil Teofilin atau aminophylline).
Dos penyelenggaraan: 5 mg/kg/hari. Jangan melebihi 400 mg/hari.
Apakah bentuk penyediaan Teofilin (theophylline)?
Teofilin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
- Kapsul 100mg, 200mg
- Sirap 50mg/ml
- Tablet 100mg, 125mg, 200mg, 250mg, 300mg
- Larutan 27mg/ 5ml, 50mg/ 5ml
- Intravena 0.4 mg/ml (400mg), 0.8 mg/ml (400 dan 800mg); 1.6 mg/ml (400 dan 800mg); 2 mg/ml (200mg); 3.2 mg/ml (800 mg)
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Teofilin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]