backup og meta

Sapuan Sulfur (Sulfur Topical)

Kegunaan

Apa itu Sapuan Sulfur?

Sapuan sulfur biasanya diguna untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Krim sulfur, losyen, salap, dan sabun buku biasanya diguna untuk merawat jerawat.  Salap sulfur (sulfur ointment) digunakan untuk seborrheic dermatitis dan kudis. Sapuan sulfur boleh juga digunakan untuk keadaan lain sebagaimana yang ditentukan doktor.

Bagaimanakah kegunaan Sapuan Sulfur?

Gunakan ubatan ini hanya sebagaimana diarahkan. Jangan guna lebih kerap atau lebih lama dari tempoh yang dicadangkan pada label, melainkan diarahkan oleh doktor.

Jauhi ubatan ini dari mata. Sekiranya ia masuk ke mata tanpa disengajakan, bilas dengan rata menggunakan air.

Untuk menggunakan krim atau losyen ubatan ini:

  • Sebelum menyapu ubatan, basuh kawasan yang terkesan menggunakan sabun dan air kemudian keringkan secara rata.  Selepas itu sapu secukupnya ubatan untuk meliputi kawasan yang terkesan dan gosok dengan lembut.

Untuk menggunakan ubatan ini dalam bentuk salap (ointment) bagi seborrheic dermatitis:

  • Sebelum menyapu ubatan, basuh kawasan yang terkesan menggunakan sabun dan air kemudian keringkan secara rata.  Selepas itu sapu secukupnya ubatan untuk meliputi kawasan yang terkesan dan gosok dengan lembut.

Untuk menggunakan ubatan ini dalam bentuk salap (ointment) bagi kudis:

  • Sebelum disapu, basuh seluruh badan dengan sabun dan air kemudian keringkan secara rata.
  • Sebelum tidur, sapukan secukupnya ubatan untuk seluruh tubuh daripada bahagian tengkuk ke bawah kemudian gosok secara lembut. Biarkan ubatan kekal di badan selama 24 jam.
  • Sebelum sapuan semula ubatan, anda boleh basuh semula badan anda.
  • Adalah penting untuk anda membasuh seluruh badan secara rata 24 jam selepas rawatan terakhir menggunakan ubatan ini.

Untuk menggunakan ubatan ini dalam bentuk sabun:

  • Hasilkan buih yang banyak dengan sabun, gunakan dengan air suam. Basuh kawasan yang dijangkiti dan bilas secara rata. Sapukan semula, gosok secara lembut beberapa minit. Buang buih-buih berbaki dengan tuala tanpa dibilas.

Bagaimana saya menyimpan Sapuan Sulfur?

Sapuan sulfur paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Sapuan sulfur di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Sapuan sulfur yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Sapuan sulfur ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Sapuan Sulfur?

Ketika menggunakan sapuan sulfur, jangan gunakan sebarang bahan yang dinyatakan di bawah pada kawasan sama ubatan ini disapu, melainkan diarahkan oleh doktor:

  • Sabun mandian atau pencuci
  • Penyediaan mengandungi alkohol
  • Mana-mana sapuan atau kandungan sapuan jerawat lain yang mengandungi agen pengelupasan (mis., benzoyl peroksida, resorcinol, asid salisilik, atau tretinoin)
  • Kosmetik atau sabun yang mengeringkan kulit
  • Kosmetik ubatan
  • Perubatan topikal (sapuan) lain untuk kulit

Penggunaan mana-mana sediaan di atas terhadap kawasan yang sama dengan sapuan sulfur mungkin akan mengakibatkat kerengsaan yang teruk pada kulit.

Jangan gunakan apa-apa penyediaan yang mengandungi merkuri seperti salap merkuri diammoniakan, pada kawasan yang sama dengan sapuan sulfur. Ini kerana ia mungkin akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, mungkin merengsakan kulit, dan mungkin memberi kesan kehitaman pada kulit. Sekiranya anda ada sebarang persoalan, ajukan terus pada ahli kesihatan yang pakar.

Adakah selamat untuk mengambil Sapuan Sulfur semasa mengandung atau menyusukan bayi

Ibu mengandung

Belum ada kajian yang menyeluruh untuk menentukan risiko penggunaan sapuan sulfur ketika hamil atau ketika penyusuan anak. Sentiasa minta pendapat dari doktor untuk menentukan sebarang potensi faedah atau risiko sebelum penggunaan sapuan sulfur.

Ibu menyusukan anak

Belum ada kajian yang menyeluruh untuk menentukan risiko penggunaan sapuan sulfur ketika hamil atau ketika penyusuan anak. Sentiasa minta pendapat dari doktor untuk menentukan sebarang potensi faedah atau risiko sebelum penggunaan sapuan sulfur.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Sapuan Sulfur?

Sapuan sulfur mungkin mengakibatkan beberapa kesan yang tidak dikehendaki. Walaupun semua kesan sampingan ini hanya berkemungkinan berlaku, sekiranya ia berlaku terus rujuk kepada doktor.

Rujuk terus kepada doktor sekiranya terjadi:

  • Kerengsaan kulit yang tidak berlaku sebelum penggunaan ubatan ini

Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku biasanya tidak memerlukan perhatian dari ahli perubatan. Ianya mungkin akan berkurangan dan hilang semasa rawatan kerana badan anda sedang menyesuaikan diri dengan ubatan. Juga, pakar kesihatan professional mungkin dapat memberi cadangan mengenai langkah menghalang atau mengurangkan kesan sampingan. Rujuk dengan pakar kesihatan professional sekiranya kesan sampingan berlanjutan atau mengganggu atau jika ada sebarang persoalan:

  • Kemerahan dan kulit mengelupas (boleh berlaku selepas beberapa hari)

Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Sapuan Sulfur?

Sapuan Sulfur mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Sapuan Sulfur?

Sapuan Sulfur mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Sapuan Sulfur?

Sapuan Sulfur akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Jerawat:

Untuk krim dan buku sabun, gunakan pada kulit sesuai keperluan.

Untuk dos losyen, guna dua atau tiga kali sehari.

Untuk dos salap(ointment), gunakan salap 0.5% sesuai keperluan.

Seborrheic dermatitis:

Untuk dos salap, gunakan salap 5 ke 10% sekali atau dua kali sehari.

Kudis:

Untuk dos salap, gunakan salap 6% setiap malam berterusan selama tiga malam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Jerawat:

Untuk krim dan buku sabun, gunakan pada kulit sesuai keperluan.

Untuk dos losyen, guna dua atau tiga kali sehari.

Untuk dos salap(ointment), gunakan salap 0.5% sesuai keperluan..

Seborrheic dermatitis:

Untuk dos salap, gunakan salap 5 ke 10% sekali atau dua kali sehari.

Scabies:

Untuk dos salap, gunakan salap 6% setiap malam berterusan selama tiga malam.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Sapuan sulfur tersedia dalam bentuk dan kekuatan:

  • Sulfur topical krim 2%
  • Sulfur topical losyen 2%, 5%
  • Sulfur salap topical: 0,5%, 10%
  • Sulfur buku sabun topical: 5%, 10%

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos sapuan sulfur, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sulfur topical (Topical route). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMHT0012257/?report=details . Accessed October 29, 2016
Sulfur topical (Topical). https://www.drugs.com/mmx/sulfur.html . Accessed October 29, 2016.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan