backup og meta

Alaway

Kegunaan

Apa itu Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Alaway® biasanya digunakan untuk merawat gatal-gatal mata yang disebabkan oleh alahan kepada habuk, debunga, haiwan, atau alergen lain.

Bagaimanakah kegunaan Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Gunakan seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Jangan gunakan ubat ini semasa memakai kanta sentuh. Alaway® mungkin mengandungi pengawet yang boleh menyahwarna kanta sentuh yang lembut. Tunggu sekurang-kurangnya 10 minit selepas menggunakan ubat ini sebelum memakai kanta lekap anda.

Basuh tangan anda sebelum menggunakan titisan mata.

Untuk menggunakan titisan mata:

  • Dongak kepala anda sedikit dan tarik kelopak mata bawah anda ke bawah supaya ruang seperti poket kecil terbentuk. Letak penitis di atas mata dengan hujung ke bawah. Pandang ke atas dan berpalis dari penitis dan titiskan satu titis.
  • Tutup mata anda selama 2 atau 3 minit dengan kepala diturunkan ke bawah, tanpa berkelip atau menjulingkan mata. Tekan jari anda dengan perlahan ke sudut dalam mata selama kira-kira 1 minit, untuk memastikan cecair titisan tadi tidak turun ke saluran air mata anda.Hanya gunakan bilangan titisan yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Jika anda menggunakan lebih daripada satu titisan, tunggu kira-kira 5 minit antara setiap titisan.
  • Tunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menggunakan ubat mata yang lain yang telah ditetapkan oleh doktor anda.
  • Jangan sentuh hujung penitis mata atau letakkan terus pada mata anda. Penitis yang tercemar boleh menjangkiti mata anda, yang boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius.

Jangan gunakan titisan mata jika cecair telah berubah warna atau mempunyai zarah di dalamnya. Hubungi ahli farmasi anda untuk ubat baru.

Hubungi doktor anda jika gatal mata anda tidak bertambah baik, atau jika ia kekal lebih lama daripada 72 jam.

Bagaimana saya menyimpan Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Alaway® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Alaway® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Alaway® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Alaway® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Sebelum mengambil Alaway®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Alaway® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Anda tidak boleh menggunakan Alaway® jika anda mempunyai:

  • Jangkitan mata yang tidak dirawat
  • Kerengsaan mata yang disebabkan oleh memakai kanta sentuh

Alaway® tidak diluluskan untuk digunakan oleh sesiapa yang berumur kurang dari 3 tahun.

Adakah selamat untuk mengambil Alaway® (ketotifen oftalmik) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Alaway®. Alaway® ubat yang diklasifikasikan dalam kategori risiko kehamilan C menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

A=Tiada risiko;

B=Tiada risiko dalam beberapa kajian

C=Mungkin ada risiko

D=Bukti risiko yang positif

X=Dikontrapenunjukan

N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan: geligata; sukar bernafas; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Berhenti menggunakan Alaway® dan hubungi doktor anda jika anda mengalami :

  • Kemerahan, penyaliran, bengkak kelopak mata, atau tanda jangkitan lain
  • Kesakitan mata
  • Perubahan penglihatan
  • Gatal yang teruk pada mata lebih teruk daripada sebelum menggunakan Alaway®.

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Rasa seperti terbakar, rasa mencucuk , rasa sengit, atau kerengsaan mata yang ringan
  • Kekeringan mata
  • Peningkatan sensitiviti terhadap cahaya

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Alaway® boleh bertindakbalas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindakbalas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Alaway® boleh bertindakbalas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindakbalas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Alaway® mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Alaway® (ketotifen oftalmik) yang disyorkan untuk dewasa?

Dos dewasa biasa untuk konjunktivitis alahan

Gunakan satu titisan pada mata yang terbabit 2 kali sehari.

Apakah dos Alaway® (ketotifen oftalmik) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos pediatrik biasa untuk konjunktivitis alahan

Umur: 3 tahun ke atas

Gunakan satu titisan pada mata yang terbabit 2 kali sehari.

Apakah bentuk penyediaan Alaway® (ketotifen oftalmik)?

Alaway® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

Titis mata

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Alaway®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Alaway®. https://www.drugs.com/mtm/alaway.html. Accessed September 14, 2017

Alaway®. http://www.webmd.com/drugs/2/drug-147555/alaway-ophthalmic-eye/details. Accessed September 14, 2017

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan