1. Tutup semua gajet satu jam sebelum tidur

Cahaya pada skrin gajet dan telefon pintar anda memberikan isyarat kepada tubuh bahawa hari masih siang dan menyebabkan anda kekal segar. Selesaikan semua kerja lebih awal dan tutup semua gajet, terutamanya internet supaya notifikasi yang masuk tidak menggangu anda tidur.
2. Tidur awal

Definisi awal mungkin berbeza bagi setiap orang. Namun secara amnya, sebelum pukul 12 tengah malam adalah optimum. Anda boleh dapatkan tidur selama 6 hingga 8 jam dan boleh bangun antara jam 5 dan 6 pagi. Kalau tidak tidur awal, macam mana ingin bangun awal dengan segar?
3. Letakkan jam loceng jauh dari katil

Sebolehnya, elakkan menggunnakan telefon pintar sebagai jam loceng. Beli satu jam loceng khas agar perhatian anda tidak terganggu dengan notifikasi dan mesej dari telefon pintar tersebut. Kemudian, letakkan jam tersebut jauh dari katil supaya anda terpaksa bangun untuk menutup bunyi loceng. Ia seterusnya akan membuatkan tubuh lebih segar.