5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu tentang Sheet Mask

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sheet mask atau masker kertas merupakan sebuah inovasi hebat dalam produk penjagaan dan kecantikan yang muncul beberapa tahun lalu. Dengan hanya melekatkan masker kertas nipis berisi formula cair, produk ini dikatakan boleh mencerahkan, melembapkan, bahkan mengatasi masalah garis halus pada kulit muka.

Selain itu, penggunaan sekali pakai dan harganya yang berpatutan menjadikannya pilihan praktial wanita yang tidak perlu menyusahkan diri dengan menyapu masker biasa. Namun, benarkah masker kertas ini berkesan dan selamat bagi kulit?

Fakta sekitar sheet mask

1. Tidak sama dan tidak dapat menggantikan manfaat daripada masker biasa

Meskipun kedua-duanya masker, sheet mask tidak sama kandungan dan khasiatnya dibandingkan dengan masker sapuan biasa. Sheet mask juga tidak dapat membersihkan muka dan menyingkirkan sel kulit mati sebaik masker biasa.

Namun, sebagian besar masker kertas ini ditambah dengan kandungan vitamin, asid amino dan mineral, yang sangat baik untuk penjagaan muka.

2. Teruskan penggunaan serum dan produk penjagaan muka yang lain

Walaupun sudah diisi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral, bukan bererti anda tidak perlu menggunakan produk penjagaan muka yang lain. Sheet mask ini tidak melembapkan muka sepanjang hari.

Oleh itu, anda tetap memerlukan produk penjagaan muka yang lain seperti pelembap, krim penghalang matahari, atau serum khas.

3. Sheet mask bagus untuk melembapkan kulit muka

Walaupun terdapat pelbagai dakwaan terhadap manfaatnya mengatasi masalah jerawat, mengurangkan minyak berlebih, dan masalah lain, yang pasti masker ini paling berkhasiat untuk melembapkan kulit muka anda.

Sementara itu, belum ada kajian klinikal yang mampu membuktikan kalau masker kertas ini mampu merawat masalah kulit. Masker ini hanya terbukti elok dalam meningkatkan kadar air dan oksigen pada kulit muka yang kering. Ini menjadikan kulit muka anda lebih lembut dan halus setelah menggunakannya.

4. Kurang sesuai untuk muka berjerawat

Disebabkan masker ini boleh mengubah suhu kulit muka secara tiba-tiba karena kandungan airnya, masker ini kurang sesuai digunakan bagi mereka yang mengalami masalah jerawat. Hal ini disebabkan ketika suhu muka meningkat, masker ini boleh  meningkatkan jumlah bakteri pada permukaan kulit yang menyebabkan jerawat semakin teruk.

Bagi mereka yang mempunyai kulit muka berjerawat dan berminyak, uji dahulu masker ini sehari sebelumnya. Caranya dengan melekatkan masker pada pipi dan lihat jika terjadi keradangan atau tidak. Jika tiada masalah yang timbul keesokan harinya, anda boleh meneruskan pemakaian. Namun jika tidak, hentikan penggunaannya dan beralih kepada masker lain.

5. Ketahui cara memakainya

Sheet mask ini pada tersedia pada satu ukuran saja untuk semua jenis bentuk muka. Tetapi tidak semua orang mempunyai bentuk muka yang sama seperti bentuk masker kertas ini. Untuk memakai dengan betul, lekatkan daripada kening anda dahulu, kemudian ke mata, hidung, lalu ratakan pada kiri dan kanan dahi atau pipi. Setelah itu, sesuaikan dengan kedudukan bibir sampai ke dagu. Pasang sheet mask ini sambil berbaring untuk pemakaian yang lebih selesa dan tepat pada wajah anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Cantik Sampai Tak Ambil Tahu Kesan Pada Wajah, Ini Bahaya Jika Pakai Kosmetik Ada Merkuri!

    Bukan semua produk kosmetik atau kecantikan selamat untuk anda guna! Hati-hati ketika membeli, lebih-lebih lagi produk yang dijual dengan harga murah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Nak Lagi PKP Dilanjutkan? Ini 5 Benda Anda TOLONG JANGAN Buat Lagi!

    Nak tahu, 5 kesalahan ini sering dilakukan oleh masyarakat kita berkaitan jangkitan COVID-19. Elak penyebaran wabak penyakit COVID-19 dengan tip ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    COVID-19, Penyakit Berjangkit 22/04/2020 . 3 minit bacaan

    Alamak! Ada Jenama Terkenal Guna Cicak Dalam Produk Kosmetik?

    Ada ura-ura yang mengatakan bahawa terdapat beberapa produk kosmetik jenama terkanal yang menggunakan cicak dalam proses pembuatannya. Betul ke ni?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita Antarabangsa, Berita Kesihatan 01/10/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Memilih Produk Kecantikan yang Selamat dan Berkesan?

    Produk kecantikan yang selamat dan berkesan sudah pasti menjadi aspek penting bagi semua individu. Tetapi, apakah produk yang selamat dan berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 27/08/2019 . 9 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kulit wajah

    Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    suntikan vitamin C

    Mahu Kelihatan Cantik Hingga Sanggup Cucuk Vitamin C? Hentikan! Bahaya Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    pelitup muka

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
    mencuci muka ala korea

    Rahsia Kulit Wajah Cantik Orang Korea, Teknik Double Cleansing, 2x Cuci Muka, Perlu Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan