backup og meta

Kelebihan dan Kekurangan Botox

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 03/01/2023

    Kelebihan dan Kekurangan Botox

    Pasti ramai yang pernah mendengar mengenai suntikan botox. Tetapi, apakah maksud botox yang sebenar?

    Untuk kegunaan perubatan, suntikan botox boleh membantu merawat beberapa jenis keadaan otot sementara untuk penggunaan kosmetik, ia membantu merawat kedutan dan lipatan muka.

    Artikel ini akan memberi anda peluang melihat dengan lebih dekat dan terperinci melihat mekanisma dan kesan sampingan menggunakan botoks.

    Maksud botox dan bagaimana ia berfungsi

    suntikan botox

    Botox (botoks) atau toksin botulinum, ialah ubat yang berasal dari bakteria Clostridium botulinum. Ia telah digunakan oleh doktor dan pakar sejak sekian lama.

    Secara saintifiknya, dianggarkan bahawa hanya satu gram toksin botulinum dapat membunuh sejuta orang, yang menjadikannya salah satu bahan yang paling toksik di dunia.

    Walau bagaimanapun, apabila digunakan dengan betul dan dos yang sesuai, toksin botulimun telah terbukti menjadi suatu protein terapeutik yang berjaya dan bermanfaat.

    Acetylcholine, bahan kimia yang membantu otot-otot untuk mengalami kontraksi, dilepaskan oleh saraf. 

    Botoks berfungsi dengan menyekat isyarat daripada sel-sel saraf, iaitu pembebasan acetylcholine ke otot apabila disuntik ke dalam tubuh manusia.

    Hal ini boleh melumpuhkan otot dengan membuat mereka tidak dapat mengalami kontraksi dan menjadi lebih lembut.

    Penggunaan suntikan botox dalam bidang perubatan dan kosmetik

    suntikan botox

    Bagi bidang kosmetik, botoks sering digunakan untuk rawatan kedutan muka termasuk kerutan dahi, crow’s feet (garisan di sekeliling mata), dan garis kedutan.

    Suntikan botoks boleh melegakan otot muka di dasar kulit yang menyebabkan kedutan. Selain itu, botoks juga boleh digunakan untuk bahagian lain badan anda seperti garis bibir, dagu, sudut mulut, dan leher.

    Untuk kegunaan perubatan, terbukti bahawa botoks boleh membantu merawat pelbagai keadaan yang berkaitan dengan fungsi badan. Sesetengahnya disenaraikan di bawah:

    1. Cervical dystonia. Keadaan di mana kepala anda berpusing ke kedudukan yang tidak selesa kerana kontraksi otot leher anda tanpa sukarela;
    2. Kontraksi otot. Keadaan neurologi boleh menyebabkan anggota badan ditarik ke tengah badan anda;
    3. Migrain mata,
    4. Migrain kronik;
    5. Hyperhidrosis atau berpeluh berlebihan,
    6. Gangguan pundi kencing atau pundi bocor.

    Kesan sampingan

    suntikan botox

    Selain berguna dalam pelbagai bidang, botoks mempunyai beberapa kesan sampingan yang tidak dijangka.

    Sakit kepala, simptom seperti selesema, mulut kering, ruam, nafas berbunyi dan pembengkakan adalah kesan sampingan ringan menggunakan botoks.

    Selain itu, orang yang mengalami suntikan botoks juga boleh mengalami:

    1. Kesakitan yang ringan, bengkak atau lebam di kawasan yang disuntik;
    2. Kelopak mata jatuh atau kening tidak sekata;
    3. Senyuman bengkok atau air liur meleleh;
    4. Mata kering atau air mata berlebihan.

    Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, toksin botulinum boleh merebak ke bahagian badan yang lain, dan ini sangat berbahaya.

    Jika kesan-kesan sampingan di bawah ini berlaku, adalah penting untuk segera menghubungi doktor anda.

    1. Kelemahan otot
    2. Masalah dengan penglihatan;
    3. Masalah bercakap atau menelan;
    4. Kesukaran bernafas,
    5. Tidak dapat mengawal pundi kencing.

    Botox, terutamanya suntikan botoks boleh membawa banyak faedah dalam meningkatkan kualiti hidup manusia dalam bidang perubatan dan kosmetik.

    Walau bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk menggunakan toksin botox atau botulinum, anda dinasihatkan untuk memahami penggunaan botox dengan sepenuhnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan