backup og meta

Membongkar 6 Mitos Tentang Jerawat

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    Membongkar 6 Mitos Tentang Jerawat

    Membongkar 6 Mitos Tentang Jerawat

    Jerawat adalah masalah kulit yang paling biasa. Ia adalah gangguan kulit yang boleh memberi kesan kepada ramai orang. Jerawat boleh muncul berlaku di leher, muka, dada, dan bahu. Ia menyebabkan perasaan tidak selesa dan parut. Anda mungkin pernag membaca mitos tentang jerawat di internet dan berasa bimbang kerana anda tidak tahu mana satu yang benar. Mari kita membongkar 6 mitos berikut tentang jerawat.

    Jerawat hanya berlaku dalam kalangan remaja.

    Ini adalah tidak benar. Jerawat berlaku paling kerap di kalangan remaja, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat jerawat. Anda boleh mengalami jerawat pada bila-bila masa dalam hidup anda, walaupun semasa berumur 40-an atau 50-an.

    Satu kajian melibatkan 1013 lelaki dan wanita yang diterbitkan oleh American Academy of Dermatology telah menunjukkan bahawa, semasa subjek berusia 20-an, 50.9% wanita dan 42.5% lelaki mengalami jerawat, semasa berumur 50-an, 15.3% wanita dan 7.3% lelaki mengalami jerawat.

    Kebersihan yang rendah menyebabkan jerawat.

    Ini tidak sepenuhnya benar. Terdapat mitos bahawa jika anda tidak mencuci muka anda sentiasa, anda lebih cenderung untuk mendapat jerawat berbanding mereka yang mencuci muka. Jika anda mencuci atau menggosok kulit anda terlalu banyak, jerawat anda boleh menjadi lebih teruk. Mencuci kulit tidak banyak membantu dalam merawat jerawat kerana jerawat terbentuk di bawah kulit, dan anda hanya boleh mencuci di permukaan. Cara terbaik untuk membersihkan kulit anda adalah mencuci kulit anda dengan lembut 2 kali sehari menggunakan air bersih dan pencuci muka yang sesuai. Berhati-hati ketika mengeluarkan make-up.

    Jerawat tidak boleh diubati.

    Bagi kebanyakan orang, ubat-ubatan boleh digunakan untuk merawat jerawat. Produk rawatan jerawat seperti produk melalui kaunter (OTC) atau preskripsi boleh menyembuhkan kulit anda. Ia boleh membersihkan kulit anda dan membuang sel-sel mati yang menyumbat liang atau meningkatkan radang jerawat. Jerawat tidak selalunya kekal sepanjang hayat. Ia paling biasa berlaku pada umur akil baligh umur.

    Pil pencegah kehamilan membantu merawat jerawat.

    Pil pencegah kehamilan boleh membantu dalam beberapa kes. Ia berguna bagi wanita yang mengalami jerawat di sekitar kitaran haid mereka. Pil ini merawat jerawat dengan mengurangkan minyak yang terlalu banyak di dalam kulit. Ia juga merendahkan tahap hormon androgen apabila anda menggunakannya dalam kombinasi dengan spironolactone. Tetapi kaedah ini mempunyai kesan sampingan seperti gangguan kitaran haid atau sakit kepala. Oleh itu, hanya sesetengah pesakit sahaja boleh menggunakan ubat ini, mengikut penilaian doktor.

    Coklat boleh membuat jerawat bertambah teruk.

    Coklat boleh membuat jerawat bertambah teruk. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa makanan yang mengandungi gula dan produk tenusu boleh membuat jerawat anda menjadi lebih buruk. Tetapi bukti inis tidak kukuh. Walau bagaimanapun, jika anda mahu makan coklat, coklat gelap adalah lebih sihat untuk kulit anda dan kesihatan anda secara keseluruhan.

    Selaran matahari boleh membantu dalam merawat jerawat.

    Ini mungkin boleh membantu. Apabila kulit anda mendapat selaran matahari, ia menjadi merah, dan jerawat menjadi kurang kelihatan. Matahari boleh membuat kulit anda berasa kering. Walau bagaimanapun, selaran matahari boleh mengurangkan manfaat beberapa jenis ubat rawatan jerawat. Selain itu, lebih terdedah kepada cahaya matahari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit atau masalah kulit yang lain seperti kulit terbakar atau penuaan kulit awal.

    Jerawat adalah penyakit kulit yang paling biasa yang memberi kesan kepada penampilan anda atau kesihatan anda secara keseluruhan. Mengetahui tentang jerawat boleh membantu anda mengurangkan tekanan mengenainya dan merawat dengan berkesan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan