backup og meta

Pernah Dengar 10 Mitos Tentang Seks Ini, Dengar Kata Ia Hanya Karut Semata-Mata, Betul Ke?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 09/12/2020

    Pernah Dengar 10 Mitos Tentang Seks Ini, Dengar Kata Ia Hanya Karut Semata-Mata, Betul Ke?

    Terdapat banyak mitos tentang seks yang tular dalam kalangan remaja. Walau bagaimanapun, tidak semuanya adalah benar. Fahaman yang salah tentang seks boleh menyebabkan akibat yang buruk.

    Masturbasi menyebabkan mati pucuk

    Masturbasi adalah aktiviti normal yang dilakukan oleh manusia dan tidak memberikan kesan kepada badan. Mati pucuk pula tidak ada kaitan dengan masturbasi. Sebaliknya, ia boleh membawa kepada komplikasi jika kita menghalang remaja dari masturbasi.

    Seorang dara harus berdarah semasa hubungan kelamin pertama

    Hymen ialah lapisan kulit nipis yang boleh terkoyak. Jika wanita bersukan, kerap melakukan aktiviti berbasikal atau aktiviti fizikal yang lain, hymen boleh berdarah. Jadi, bukan hubungan kelamin sahaja yang boleh menyebabkan hymen koyak.

    Setitik air mani seperti kehilangan 40 titik darah

    kualiti sperma

    Mitos ini telah dibincangkan sejak dulu untuk mengelakkan orang dari melakukan masturbasi terlalu banyak. Walau bagaimanapun, darah dan air mani adalah tidak berkaitan. Maka, masturbasi tidak menyebabkan kehilangan darah.

    Wanita tidak menikmati seks sepertimana lelaki

    Perdebatan ini adalah tidak munasabah. Kita boleh katakan bahawa wanita menikmati seks seperti lelaki atau bahkan lebih. Wanita boleh menikmati seks jika pasangannya mempunyai skil yang cukup. Tambahan pula, wanita mampu mencapai orgasme berulang kali sedangkan lelaki tidak.

    Jantina anak yang lahir bergantung kepada ibu

    Malah, jantina bayi bergantung kepada ayah dan kromosom yang datang darinya. Kombinasi antara kromosom x dan kromosom y dalam proses ini akan menentukan jantina bayi tersebut.

    Kelamin adalah kotor dan tidak harus disentuh

    Kelamin adalah sama seperti bahagian lain pada badan anda. Sesetengah orang mengatakan bahawa kelamin adalah kotor dan tidak harus disentuh walaupun semasa ingin membersihkannya. Walau bagaimanapun, anda harus membersihkan kelamin anda setiap kali mandi kerana semua perkara yang tidak dibersihkan dalam tempoh yang lama pastikan boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria.

    Wanita hamil semasa hubungan kelamin pertamanya

    seks

    Kehamilan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka. Semua wanita tidak semestinya hamil selepas seks pertamanya kerana mereka harus menjalani seks tanpa perlindungan pada waktu yang betul di dalam bulan terbabit untuk berlaku kehamilan. Ini kebiasaannya berlaku semasa wanita dalam waktu paling subur dan semasa ovum dilepaskan.

    Seks semasa haid adalah berbahaya

    Ia tidak membahayakan. Sesetengah maklumat tentang seks menunjukkan bahawa kelamin wanita lebih licin pada waktu ini membuatkan seks lebih menyeronokkan.

    Wanita hamil perlu elakkan menjahit

    Ia dikatakan akan menyebabkan bibir sumbing. Pastinya ia tidak benar. Wanita hamil harus mengelakkan semua aktiviti berat tetapi menjahit bukanlah salah satu darinya.

    Wanita suka organ seks lelaki yang besar

    Jangan kecewa jika organ seks anda tidak sebesar orang lain. Faraj wanita boleh menerima zakar dari semua saiz. Jadi, saiz tidak berkaitan dengan bagaimana wanita akan rasa.

    Anda harus membetulkan semua mitos dan maklumat seks yang salah jika anda mempunyai anak remaja atau adik-beradik.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 09/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan