backup og meta

5 Fakta Tentang HIV Anda Mungkin Tidak Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    5 Fakta Tentang HIV Anda Mungkin Tidak Tahu

    HIV atau nama penuhnya ialah Human Immunodeficiency Virus adalah sejenis virus yang melemahkan sistem imun badan. Ia masih lagi menjadi masalah yang signifikan dalam masyarakat dunia.

    Untuk lebih memahami tentangnya, baca 5 fakta tentang HIV di bawah.

    1. Kurang dari 1 peratus rakyat Malaysia menghidap HIV

    Disebabkan ajaran agama Islam dan budaya masyarakat timur yang masih lagi kuat Malaysia, peratusan HIV di Malaysia adalah secara relatifnya lebih rendah berbanding negara lain iaitu sekitar 0.3 peratus. Di Amerika Syarikat, sekitar 12 peratus pesakit HIV dilaporkan.

    Namun, peratusan HIV di Malaysia semakin meningkat.

    2. HIV menjejaskan sistem imun badan

    HIV sendiri tidak membunuh manusia secara langsung, tetapi ia melakukannya dengan melemahkan sistem imun badan. Pesakit akhirnya boleh mati akibat demam biasa kerana sistem ketahanan badan tidak mampu melawan bakteri atau virus demam tersebut.

    3. HIV tidak tersebar hanya melalui hubungan seksual

    Selain hubungan seksual, HIV juga tersebar melalui perkongsian alatan yang terjangkit dengan virus ini, pemindahan darah atau organ yang mengandungi HIV atau jangkitan dari ibu mengandung kepada bayi.

    4. HIV vs AIDS

    HIV adalah virus yang menyebabkan sistem imun lemah. Bergantung kepada tahap kerosakan pada sistem imun, ia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Tahap terakhir disebutkan sebagai Acquired Immunodeficiency Syndrome atau AIDS. Ini bermakna bahawa tidak semua penghidap HIV mengalami AIDS. Sebaliknya, AIDS berlaku apabila sistem imun berada di tahap paling teruk.

    5. Rawatan anti-retroviral therapy (ART) membantu pesakit HIV hidup seperti biasa

    Kini, dengan adanya ART, pesakit HIV boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa. Tetapi mereka harus mengambilnya seumur hidup. Rawatan ini tidak membunuh virus tersebut tetapi menghalang perkembangannya. Di samping itu, harganya juga sangat mahal.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan