home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Alamak! Betul ke Boba Jadi Keras Dalam Perut?

Alamak! Betul ke Boba Jadi Keras Dalam Perut?

Baru-baru ini, tular dalam ruangan media sosial Twitter tentang boba yang keras. Kononnya, itulah bentuk boba yang akan jadi keras di dalam perut setelah meminumnya. Betul ke?

Boba mengeras

Boba yang dituang ke lantai dengan niat kononnya untuk memberi kucing minum (tepuk dahi sekejap) dikatakan mengeras seperti batu dan melekat bagaikan digam. Individu tersebut membuat dakwaan bahawa itulah keadaan boba yang berada di dalam perut. Seriously?

Rata-rata warganet membidas dakwaan tersebut. Ada yang mengatakan ia adalah normal untuk sesuatu benda menjadi keras apabila dibiarkan pada cuaca panas seperti nasi dan ikan yang akan mengering.

Tapi penulis tertarik dengan satu komen yang menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan tidak boleh disamakan menjemur di tengah panas dengan keadaan di dalam perut yang mempunyai asid. Yes! Ini boleh diterima.

Saluran pencernaan

Sebelum anda terus meng-confuse-kan diri dengan dakwaan yang tak berasas ini, penulis ingin ingatkan bahawa setiap makanan yang dimakan atau diminum ini akan melalui saluran pencernaan.

Turut dikenali sebagai saluran gastrointestinal (GI), ia merupakan satu saluran panjang di dalam badan, dari mulut ke bahagian anus. Saluran ini berfungsi untuk mencerna, memecah dan menyerap makanan.

Ringkasnya, di dalam saluran ini terdapat asid hidroklorik dan beberapa jenis enzim yang membantu proses pencernaan ini. Jadi agak mustahil untuk boba menjadi keras seperti yang didakwa individu terbabit.

Mustahil berlaku

Malahan sebelum ini juga pernah tular mengenai dakwaan mengenai remaja berusia 14 tahun yang mengalami sembelit selama beberapa hari kerana kerap minum boba. Keadaan ini menyebabkan boba yang dihasilkan daripada sejenis kanji tapioca berada di dalam badannya.

Namun menurut seorang doktor perubatan kecemasan UPMC di Pittsburgh, Dr Ryan Marino, adalah mustahil untuk kanji tapioca, iaitu bahan utama boba, untuk berada di dalam badan. Tetapi kanji tapioca yang tidak dimasak atau separuh masak mungkin boleh menyebabkan saluran tersumbat. Ini kerana boba yang masak sempurna boleh larut dengan lebih baik kerana haba telah membantu melembutkannya.

Berpada-pada

Sekarang, anda sudah tahu bahawa tidak mungkin boba akan mengeras di dalam perut, kerana hakikat boba akan diproses apabila melalui saluran pencernaan. Tiada lagi kerisauan dan kebimbangan.

Tetapi jika anda penggemar minuman boba ini, penulis nasihatkan untuk mengawal jumlah pengambilannya. Ini kerana kandungan gula di dalam minuman jenis ini adalah sangat tinggi. Banyakkan meminum air kosong dan dalam masa yang sama jangan lupa untuk bersenam, okay?

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 03/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x