backup og meta

Patah Jari

Definisi

Apakah itu patah jari?

Tulang di jari anda dipanggil falanks. Setiap jari mempunyai tiga falanks kecuali ibu jari, yang mempunyai dua falanks. Patah atau retak (fraktur) jari berlaku apabila satu atau lebih tulang ini patah. Patah biasanya disebabkan oleh kecederaan pada tangan. Patah boleh berlaku di mana-mana falanks. Fraktur juga boleh berlaku di buku tangan anda, yang merupakan sendi di mana tulang jari anda bertemu.

Adakah patah jari biasa berlaku?

Jari patah adalah perkara biasa. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom patah jari?

Simptom-simptom patah jari ialah:

  • Sakit
  • Bengkak
  • Kenyerian
  • Julat pergerakan yang terhad

Jari anda mungkin juga kelihatan cacat bentuk atau tidak sejajar (cacat). Patah jari mungkin sangat menyakitkan, terutamanya apabila anda cuba menggerakkannya tetapi kadang-kadang ketidakselesaan itu tidak begitu teruk (sakit tumpul) dan dapat ditahan. Ketiadaan sakit yang melampau tidak bermakna fraktur / patah tersebut tidak memerlukan perhatian perubatan.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca-punca

Apakah yang menyebabkan patah jari?

Jari mempunyai risiko kecederaan tertinggi berbanding semua bahagian tangan yang lain. Anda boleh mengalami kecederaan jari semasa menggunakan alat, seperti tukul atau gergaji. Jari anda boleh patah apabila objek gerak cepat melanggar tangan anda, seperti bola besbol. Menghentam tangan anda di pintu dan menggunakan tangan anda untuk menahan diri anda semasa jatuh juga boleh menyebabkan anda mengalami patah jari.

Sifat kecederaan dan kekuatan tulang menentukan sama ada patah tulang berlaku. Keadaan seperti osteoporosis dan kekurangan zat makanan meningkatkan peluang anda untuk mengalami patah jari.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk jari yang patah?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah patah jari didiagnosis?

Diagnosis patah jari dimulakan dengan doktor anda mengambil sejarah perubatan anda dan melakukan pemeriksaan fizikal. Sinar-X jari biasanya akan menunjukkan sama ada jari anda patah.

Bagaimanakah patah jari dirawat?

Rawatan untuk patah jari bergantung kepada lokasi patah dan sama ada ia stabil. Membalut bidai (melekatkan) jari patah ke jari bersebelahan yang tidak cedera boleh merawat patah yang stabil. Patah tidak stabil memerlukan imobilisasi. Selepas doktor anda menjajarkan tulang yang patah, atau mengurangkannya, doktor mungkin menggunakan splin.

Jika patah tulang anda tidak stabil atau terganjak, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan. Pembedahan menstabilkan patah tulang apabila anda mempunyai:

  • Fraktur berbilang
  • Serpihan / fragmen tulang longgar
  • Kecederaan sendi
  • Kerosakan pada ligamen atau tendon
  • Fraktur yang tidak stabil, terganjak atau terbuka
  • Fraktur impaksi (hentaman)

Pakar bedah ortopedik atau pakar bedah tangan akan menentukan pendekatan rawatan yang terbaik untuk patah tulang yang rumit. Pin, skru, dan wayar berguna dalam prosedur pembedahan untuk jari patah. Diagnosis, rawatan, dan pemulihan jari yang patah dapat membantu mengekalkan fungsi dan kekuatan tangan serta mencegah kecacatan bentuk.

Tempoh pemulihan untuk jari yang patah mungkin sesingkat beberapa minggu atau sehingga setahun, bergantung kepada beberapa faktor. Prognosis juga bergantung pada pelbagai faktor, seperti jika ada kecederaan saraf yang berkaitan atau kecederaan vaskular, atau jika ada kecederaan pada permukaan sendi yang menyebabkan arthritis.

Perubahan gaya hidup & remedi di rumah

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang dapat membantu saya menguruskan jari yang patah?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menguruskan jari yang patah:

  • Cuba elakkan menggunakan tangan yang terjejas dan mengganggu splin
  • Ambil ubat pelega kesakitan tanpa preskripsi seperti paracetamol atau ibuprofen untuk melegakan sebarang ketidakselesaan
  • Tinggikan tangan yang terjejas melebihi paras jantung anda apabila anda boleh membantu mengurangkan bengkak – cuba rehatkan tangan tersebut di atas kusyen semasa duduk dan tidur
  • Letakkan pek ais atau sesuatu seperti beg kacang beku yang dibalut dengan kain, di atas jari tersebut selama kira-kira 10 minit, tiga atau empat kali sehari – ini juga dapat membantu mengurangkan bengkak

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan:

Broken finger.

https://www.nhs.uk/conditions/broken-finger/Pages/Introduction.aspx#aftercare. Accessed October 19, 2017.

 

Broken Finger (Finger Fracture).

https://www.healthline.com/health/broken-finger#overview1. Accessed October 19, 2017.

 

Broken Finger.

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/broken-finger#1.  Accessed October 19, 2017.

 

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Anak Sakit Lengan Selepas Jatuh? AWAS! Si Kecil Berisiko Alami 4 Masalah Tulang Retak Ini

Tak Makan Daging Punca Pengamal Diet Vegan Alami Tulang Retak! Ini Cara Atasinya


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan