Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah pneumoconiosis didiagnosis?
Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai penyakit ini, pemeriksaan fizikal mungkin dijalankan. Doktor anda juga mungkin akan bertanya berkenaan sejarah perubatan anda, termasuklah mengenai simptom dan pendedahan. Ujian fungsi pulmonari (ujian pernafasan) juga boleh diminta oleh doktor anda. X-ray dada atau imbasan CT (CAT scan) pada dada akan membantu doktor mendiagnosis penyakit anda.
Bagaimanakah pneumoconiosis dirawat?
Tiada rawatan khas atau ubat tertentu untuk merawat pneumoconiosis, dan masih tiada rawatan penyembuhan. Rawatan yang biasa dilakukan tehadap pesakit adalah bertujuan untuk menghadkan kerosakan terhadap peparu, mengurangkan simptom dan meningkatkan kualiti hidup.
Pesakit mungkin dirawat dengan menyedut ubat (inhalers) sekiranya mereka mempunyai simptom asma atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD). Program rehabilitasi pulmonari mungkin disyorkan untuk meningkatkan keupayaan pesakit untuk bersenam. Oksigen akan dipreskripsikan jika pesakit mempunyai paras oksigen yang rendah. Sesetengah pesakit perlu menggunakan oksigen setiap masa, sementara sebahagian hanya memerlukan ketika melakukan aktiviti yang aktif atau ketika tidur.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani pneumoconiosis?
Langkah di bawah ini membantu anda menangani pneumoconiosis:
- Sentiasa mematuhi janji temu dengan doktor anda
- Menjalankan ujian secara berkala, seperti ujian fungsi pulmonari (ujian pernafasan) atau X-ray dada untuk memantau anda dan penyakit anda
- Mengambil suntikan selesema setiap tahun, dan anda harus bertanya doktor anda tentang vaksin pneumonia
- Pesakit silicosis harus menjalani ujian kulit tuberkulosis untuk memastikan bahawa tuberkulosis tidak menjangkiti anda
Mengambil berat tentang jantung dan peparu anda merupakan langkah penting untuk menjaga kesihatan sekiranya anda mempunyai pneumoconiosis. Ini bermakna tidak boleh merokok atau menghindari merokok sekondari. Anda juga perlu mengelakkan pendedahan terhadap habuk yang berbahaya.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen