backup og meta

Mengapa Perlu Berbuka Puasa dengan Makanan Manis?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/11/2021

    Mengapa Perlu Berbuka Puasa dengan Makanan Manis?

    Sejak kecil kita diajar untuk berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis. Walaupun tidak mengetahui manfaat sebenarnya, tradisi itu diteruskan hingga kini. Berbuka puasa dengan makanan manis bukannya sesuatu yang harus dan tidak juga dilarang, asalkan tidak berlebihan.

    Baca artikel ini untuk mengetahui sebab anda perlu berbuka puasa dengan sesuatu yang manis.

    Tenaga berkurang semasa berpuasa

    Semasa berpuasa, proses fungsi tubuh iaitu metabolisma akan perlahan. Ini kerana makanan yang diambil ketika sahur telah banyak hilang selepas melakukan aktiviti seharian. Ini kerana sepanjang berpuasa tiada pengambilan makanan dan menyebabkan tenaga berkurang. Jadi, anda perlu berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis kerana ia berperanan mengembalikan tenaga dan stamina tubuh yang telah hilang dengan cepat.

    Makanan dan minuman manis cepat dihadam

    Sesuatu yang manis adalah sumber kalori yang mudah untuk diproses oleh tubuh dengan cepat. Disebabkan ini ia amat disarankan untuk berbuka puasa dengan manisan. Selain mengembalikan tenaga yang hilang, rasa manis dapat meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh membuatkan tubuh bersemangat dan tidak lemah. Peningkatan kadar gula ini membantu mengembalikan fungsi metabolisma tubuh kepada normal.

    Dipetik daripada esquire.co.id (24 Mai 2017), mengenai sunnah Rasul untuk berbuka dengan manisan, Dr. Fiastuti menjelaskan bahawa tujuan sebenarnya adalah mengembalikan kadar gula darah semasa berpuasa lebih dari 12 jam.

    Ambil secukupnya

    Semasa berbuka puasa, sebaiknya mengambil makanan dna minuman manis yang semula jadi seperti kurma dan buah-buahan manis kerana ia megandungi banyak air. Buah-buahan ini juga dapat mengembalikan cecair tubuh dan mencegah tubuh daripada dehidrasi selepas seharian berpuasa.

    Walaubagaimana pun jangan ambil makanan manis terlalu banyak kerana ia tidak baik untuk kesihatan yang mendorong kepada masalah diabetes dan pertambahan barat badan. Keadaan kesihatan ini juga boleh menjejaskan anda untuk menjalani puasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan