Yogurt
Yogurt bukan sahaja sangat baik untuk kulit anda tetapi juga memberi tenaga apabila anda berasa lemah. Anda boleh menyediakan smoothie bertenaga dengan kombinasi beri (seperti beri biru atau strawberi) dan yogurt. Hidangan lembut ini membantu anda kekal fokus, membakar lemak menjadi tenaga dan mengawal pembebasan tenaga.
Asparagus
Asparagus biasanya ditemui di dalam hidangan harian makan tengah hari anda. Sayur ini adalah sangat tinggi dengan vitamin B, yang secara semula jadi memberikan tahap tenaga yang sihat dengan mengubah makanan (karbohidrat) ke dalam bahan bakar (gula), dan ia mengandungi banyak serat yang mengekalkan tahap gula di dalam darah. Dengan menambah asparagus ke dalam salad anda semasa makan tengah hari, anda boleh kekal fokus dengan yakin sepanjang hari bekerja tanpa perlu bimbang tentang berat badan anda.
Keledek manis
Keledek manis adalah makanan lazat yang sarat dengan vitamin dan karbohidrat yang tinggi. Satu paket keledek manis goreng atau yang rebus akan membantu anda mengelakkan keletihan.
Untuk mengekalkan diri pada mod yang terbaik, ambil makanan yang membuatkan gula di dalam darah anda kekal stabil dan meningkatkan tenaga bagi otak untuk berfungsi dengan baik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen