backup og meta

8 Tip Kurangkan Berat Badan

8 Tip Kurangkan Berat Badan

Mengurangkan berat badan  berlebihan sambil mengekalkan badan yang bertenaga tanpa keadaan kesihatan yang serius disebabkan oleh kekurangan nutrien memerlukan masa dan rancangan yang teratur. Hanya perubahan dalam gaya hidup harian anda sahaja boleh menghasilkan kesan yang berpanjangan untuk mendapatkan bentuk badan ideal anda.

Mengawal jumlah kalori setiap hidangan

Penurunan berat badan bermakna jumlah pengambilan kalori anda lebih rendah daripada jumlah kalori yang dibakar untuk digunakan bagi aktiviti harian anda. Dengan memberi perhatian kepada saiz hidangan, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan mudah tetapi juga boleh menikmati makanan atau makanan ringan kegemaran anda selagi mana tidak diambil dalam jumlah melebihi keperluan harian anda.

Minda yang positif

Walaupun mustahil untuk menikmati makanan pilihan anda kerana ia mungkin mengandungi terlalu banyak lemak dan karbohidrat, sekali gus merosakkan rancangan diet anda, menjadi optimis mengenai makanan sihat yang anda boleh makan adalah kunci kepada hasil yang stabil dan berpanjangan. Terdapat banyak pilihan di restoran atau cara masakan anda yang memberikan anda gaya hidup yang lebih sihat dalam menikmati hidangan kegemaran anda: menggunakan minyak semula jadi dalam jumlah yang sedikit, membakar dan bukannya menggoreng, snek berprotein tinggi, menggantikan mayonis, krim masam, susu berat dengan yogurt Yunani atau susu rendah lemak, dan lain-lain

Rekodkan pemakanan anda

Merekodkan pola pemakanan boleh membantu anda mengatur hidangan anda secara saintifik dengan cara yang paling optimum kerana ia menunjukkan tabiat makan harian anda yang baik dan buruk yang diambil tanpa sedar. Berdasarkan rekod tersebut, anda boleh mengekalkan tabiat positif tersebut dan membuang mana-mana tabiat yang kurang baik.

Bahagikan hidangan anda dalam hidangan kecil

Salah satu cara yang berkesan yang boleh mengelakkan anda daripada makan berlebihan adalah mengambil pelbagai hidangan setiap hari dalam bahagian yang sedikit bagi setiap hidangan. Tambahan pula, ia mungkin membantu merekod pengambilan gula dan kalori anda dengan lebih mudah. Selain itu, menggantikan snek berlemak dengan buah-buahan dan yogurt semasa lapar boleh membantu badan anda berfungsi dengan baik sepanjang hari tanpa rasa takut pengambilan lemak yang berlebihan.

Senaman berkala

Senaman sentiasa menjadi faktor yang membuat anda kekal sihat. Anda boleh bermula dengan aktiviti yang mudah seperti berjalan atau menaiki tangga dan kemudian beralih kepada sukan kegemaran anda seperti berenang, bermain ski, bola sepak, dan lain-lain Sebaliknya, adalah tidak mustahil untuk mempunyai program membakar lemak yang produktif tanpa perlu pergi ke gimnasium: 20 minit senaman kardio sehari, latihan kekuatan (squat, menyergap)).

Minum banyak air

Minum banyak air tidak hanya membantu rehidrasi diri dan mencegah pelbagai penyakit, ia juga merupakan satu cara untuk mengelakkan makan berlebihan kerana adalah lebih mudah bagi anda untuk menghilangkan rasa lapar dengan hanya segelas air.

Gunakan pinggan yang kecil

Terdapat perbezaan kalori yang besar antara bahagian yang kecil dan besar. Selain itu, anda boleh cuba menggunakan pinggan kecil atau sudu bayi kerana ia boleh memberikan anda tanggapan bahawa anda telah makan banyak.

Berkongsi pelan anda

Lebih mudah untuk mendapatkan motivasi apabila anda menjalankan pelan bersama sekumpulan orang. Sebagai contoh, perkongsian boleh mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan kos; pergi ke gimnasium bersama-sama boleh menjimatkan kos jurulatih peribadi. Perkongsian boleh memberikan anda motivasi berganda tanpa perlu menggandakan kos.

Walaupun terdapat banyak terapi kosmetik yang boleh menurunkan berat badan, gaya hidup yang sihat adalah kaedah yang paling berkesan, bebas risiko dan tahan lama.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Painless Ways to Lose Weight. http://www.webmd.com/women/features/weight-loss-tips?page=3. Accessed August 22, 2016.

Lifestyle Intervention Beats Diet for Weight Loss: 6 Simple Changes to Make Today. http://www.huffingtonpost.in/entry/lifestyle-weight-loss_b_3831981. Accessed August 22, 2016.

The Lazy Girl’s Guide to Cooking For Weight Loss. http://www.popsugar.com/fitness/Weight-Loss-Cooking-Tips-38155125#photo-38155580. Accessed August 22, 2016.

Can you boost your metabolism? https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000893.htm. Accessed August 22, 2016.

127 Weight Loss Tips for a Fit & Healthy Body. http://bembu.com/127-weight-loss-tips. Accessed January 5, 2017.

Versi Terbaru

30/11/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kira Kalori Makanan Untuk Turunkan Berat Badan? Cuba Lakukan Tip Mudah Ini!

5 Fakta Dan Mitos Mengenai Makanan Yang Boleh Tambah Berat Badan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan