4. Oat
Oat adalah pilihan makanan yang baik dalam usaha anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Ia membuatkan anda kenyang lebih lama dan juga mengurangkan kolesterol. Apa yang lebih menyeronokkan, ia sangat mudah disediakan dan harganya juga sangat berpatutan.
5. Minyak zaitun
Jangan terkejut. Walaupun ia adalah minyak, tapi minyak yang berasal dari Mediterranean ini bukan seperti minyak biasa. Lemak di dalamnya adalah lemak jenis monotepu yang lebih sihat daripada lemak biasa. Ia membantu memanjangkan tempoh kenyang dan menghilangkan rasa lapar.
Anda juga perlu ingat bahawa anda tidak akan berjaya menurunkan berat badan hanya dengan mengamalkan makan-makanan di atas. Ia juga harus disertakan dengan perancangan menyeluruh melibatkan pemakanan dan senaman yang efektif.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.