backup og meta

5 Makanan Untuk Kurangkan Berat Badan

5 Makanan Untuk Kurangkan Berat Badan

Diet adalah komponen utama dalam menurunkan berat badan. Senaman semata-mata tidak akan mendatangkan hasil yang memuaskan. Namun, diet bukanlah semestinya bermaksud mengurangkan jumlah makanan, tetapi ia juga terkait dengan pemilihan jenis makanan yang sesuai.

Lalu, apakah makanan yang baik untuk mengurangakn berat badan?

1. Kacang pistachio

Kacang ini adalah snek terbaik bagi mereka yang menginginkan kurang berat badan. Ia mengandungi kandungan protein, serat dan lemak sihat yang tinggi.

2. Cendawan

Rasa dan teksurnya yang hampir dengan daging boleh menjadikannya alternatif yang baik kepada daging. Menggantikan cendawan dengan sedikit bahagian merupakan strategi yang baik dalam menurunkan berat badan. Kaedah ini telah terbukti oleh kajian sebagai satu teknik yang efektif dalam menurunkan berat badan.

3. Yogurt

Makanan berkrim dan berlemak ini ternyata turut tersenarai sebagai salah satu dari makanan yang membantu mengurangkan berat badan. Menurut data dari Nurses Health Study, daripada semua makana yang dihubungkan dengan penurunan berat badan, yogurt tersenarai pada nombnor satu.

4. Oat

Oat adalah pilihan makanan yang baik dalam usaha anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Ia membuatkan anda kenyang lebih lama dan juga mengurangkan kolesterol. Apa yang lebih menyeronokkan, ia sangat mudah disediakan dan harganya juga sangat berpatutan.

5. Minyak zaitun

Jangan terkejut. Walaupun ia adalah minyak, tapi minyak yang berasal dari Mediterranean ini bukan seperti minyak biasa. Lemak di dalamnya adalah lemak jenis monotepu yang lebih sihat daripada lemak biasa. Ia membantu memanjangkan tempoh kenyang dan menghilangkan rasa lapar.

Anda juga perlu ingat bahawa anda tidak akan berjaya menurunkan berat badan hanya dengan mengamalkan makan-makanan di atas. Ia juga harus disertakan dengan perancangan menyeluruh melibatkan pemakanan dan senaman yang efektif.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Melanie Haiken (2 Mei 2013). 5 Foods That Help Shed Pounds. Dimuat turun daripada https://www.forbes.com/sites/melaniehaiken/2013/05/02/5-top-foods-for-quick-weight-loss/#1b0d37bf39e3.

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Kira Kalori Makanan Untuk Turunkan Berat Badan? Cuba Lakukan Tip Mudah Ini!

5 Fakta Dan Mitos Mengenai Makanan Yang Boleh Tambah Berat Badan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan