Mentega Shea

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Mentega Shea?

Mentega shea adalah lemak daripada benih yang berasal dari pokok shea. Pokok shea boleh ditemui di rantau tropika Afrika Timur dan Barat. Mentega shea berasal dari dua isirung (kernel) yang berminyak di dalam benih pohon shea. Selepas isirung dikeluarkan dari benih, ia dihancurkan menjadi serbuk dan direbus dalam air. Mentega kemudiannya akan naik ke bahagian atas air dan menjadi pepejal.

Orang biasanya menggunakan mentega shea pada kulit untuk jerawat, artritis, luka terbakar, kelemumur, kulit yang meradang, kulit kering, ekzema, gigitan serangga, gatal-gatal, kesakitan otot, kulit bersisik dan gatal (psoriasis), ruam, jangkitan kulit yang disebabkan oleh hama (skabies), parut, jangkitan sinus, kerosakan kulit, tanda regangan, penyembuhan luka, dan kulit berkedut.

Dalam makanan, mentega shea boleh digunakan sebagai lemak untuk memasak.

Dalam pembuatan, mentega shea boleh digunakan dalam produk kosmetik.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana mentega shea ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa mentega shea berfungsi seperti emolien. Ia mungkin membantu melembutkan atau melicinkan kulit kering. Mentega shea juga mengandungi bahan yang dapat mengurangkan bengkak kulit. Ini boleh membantu merawat keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan kulit seperti ekzema.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Mentega Shea?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada mentega shea atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Mentega Shea selamat digunakan?

Mentega shea adalah selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang biasa terdapat dalam makanan.

Mentega shea juga adalah selamat apabila digunakan pada kulit dengan baik, dalam jangka masa yang pendek. Didapati sekitar 2-4 gram mentega shea pernah digunakan di dalam hidung dengan selamat selama tempoh 4 hari.

Tiada maklumat yang boleh dipercayai untuk mengetahui sama ada penggunaan mentega shea dalam jangka masa yang panjang adalah benar-benar selamat.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Mentega shea didapati mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah biasa yang terdapat dalam makanan. Tiada maklumat yang boleh dipercayai tentang tahap keselamatan mengambil mentega shea dalam jumlah yang lebih besar jika anda hamil atau menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Kanak-kanak: Mentega shea juga didapati mungkin selamat apabila diambil dengan mulut dalam jumlah yang biasa dijumpai dalam makanan. Mentega shea adalah selamat apabila digunakan pada kulit dengan baik, dalam jangka masa yang pendek. Didapati sekitar 2-4 gram mentega shea pernah digunakan di dalam hidung dengan selamat selama 4 hari.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Mentega Shea?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Mentega Shea?

Mentega Shea mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Mentega Shea yang biasa digunakan?

Dos untuk produk mentega shea ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Mentega Shea?

Produk mentega shea ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Mentega shea tulen
  • Produk kecantikan yang mengandungi mentega shea

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Kolesterol Tinggi Menyebabkan Pembekuan Darah?

    Kolesterol adalah sejenis lipid. Ia adalah sejenis bahan lilin (waxy), lemak seperti yang dihasilkan oleh hati secara semula jadi. Ia penting untuk membentukan membran sel, hormon tertentu dan vitamin D. Kolesterol ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 19/10/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Kolesterol Tinggi Akibat Keturunan?

    Kolesterol datang dalam beberapa bentuk berbeza, sesetengahnya baik dan sesetengahnya adalah sebaliknya. Tahap kolesterol tinggi disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk genitik yang mana memainkan peranan tahap ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 05/09/2018 . 2 minit bacaan

    Kolesterol Tinggi: Apa yang Anda Perlu Lakukan?

    Keadaan kolesterol tinggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kolesterol adalah sejenis lipid yang dihasilkan oleh hati secara semula jadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/08/2018 . 9 minit bacaan

    Awasi Metabolic Syndrome

    Metabolic syndrome (MS) atau sindrom metabolik adalah kumpulan beberapa keadaan yang wujud dalam satu masa pada individu. MS meningkatkan risiko kepada penyakit jantung serta diabetes dan strok. Ia juga dikenali ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ramadhan

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Adakah Kencing Manis Boleh Disembuhkan Dengan Gaya Hidup Sihat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/12/2019 . 4 minit bacaan
    kencing manis

    Kencing Manis Ada Dua Jenis? Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/10/2019 . 2 minit bacaan

    Kolesterol Tinggi Dalam Kalangan Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 23/11/2018 . 2 minit bacaan