Bagaimana demam denggi merebak dan didiagnosis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Malaysia antara negara yang berada di tangga teratas dalam bilangan kes demam denggi di dunia, dan itu bukanlah satu pencapaian yang patut dibanggakan. Malah ia juga penyakit yang ditakuti dalam kalangan masyarakat.

Bagaimana ia merebak?

Manusia mendapat jangkitan ini apabila digigit oleh nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti. Lazimnya nyamuk dijangkiti selepas menghisap darah pesakit demam denggi. Kemudian ia boleh memindahkan virus tersebut kepada manusia sepanjang hayatnya. Malah, nyamuk betina juga boleh memindahkan virus kepada telurnya.

Demam denggi tidak merebak daripada seorang pesakit kepada individu lain secara langsung. Jadi, ini menunjukkan nyamuk Aedes betina memainkan peranan penting dan berbahaya. Individu yang pernah mengalami demam denggi juga boleh dijangkiti semula sekiranya nyamuk yang menggigitnya membawa virus daripada ‘strain’ yang berlainan.

Mengapa demam denggi boleh wujud di Malaysia?

Malaysia menerima sinaran matahari terik dan hujan sepanjang tahun mewujudkan keadaan yang sangat sesuai untuk pembiakan vektor atau pembawa virus demam denggi. Vektor itu adalah nyamuk betina Aedes egypti. Ia membiak dalam takungan air bersih seperti pasu bunga, takungan air hujan di dalam tayar atau sampah sarap serta kolam air mandian dan lain lain.

Bagaimana demam denggi didiagnosis?

1) Ujian Molekul

Ujian molekul adalah sejenis ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang bermaksud melalui kaedah ujian makmal, sejumlah besar salinan boleh dibuat daripada bahagian pendek DNA dari sampel genetik yang sangat kecil.

Ia dipanggil “meluaskan” DNA dan membolehkan gen tertentu menarik untuk dikesan. Oleh itu, ujian molekul digunakan untuk mengesan bahan genetik virus denggi dalam darah pesakit. Ia boleh digunakan untuk menentukan serotype di antara 4 jenis virus denggi yang diiktiraf menyebabkan jangkitan.

Ujian molekul tidak dapat mengesan virus 7 hari selepas sakit. Ia boleh digunakan untuk mengesan virus dalam minggu pertama selepas simptom muncul. Sekiranya keputusan ujian PCR adalah negatif, ujian antibodi boleh dilakukan untuk mendiagnosis penyakit ini.

2) Ujian antibodi

Ujian antibodi dilakukan terutamanya untuk membantu mendiagnosis jangkitan semasa atau baru. Ujian ini mengesan dua kelas antibodi yang berbeza yang dihasilkan oleh tubuh sebagai tindak balas terhadap jangkitan demam denggi, iaitu IgM dan IgG. Gabungan ujian ini mungkin diperlukan kerana sistem imun badan menghasilkan sejumlah besar antibodi sepanjang tempoh penyakit ini.

Apabila antibodi IgM dihasilkan terlebih dahulu, ujian IgM adalah paling berkesan jika ujian dijalankan dalam masa 7-10 hari selepas pendedahan. Tahap IgM dalam darah meningkat selama beberapa minggu kemudian berkurang secara beransur-ansur dan selepas beberapa bulan, antibodi ini jatuh di bawah paras yang dapat dikesan.

Antibodi IgG secara amnya dihasilkan lebih perlahan sebagai tindak balas kepada jangkitan. Biasanya, tahapnya meningkat jika jangkitan akut hadir, menstabilkan dan kemudian berterusan dalam jangka panjang. Sekiranya pesakit telah terdedah kepada virus sebelum ini, sistem imun cenderung untuk mengekalkan tahap antibodi IgG dalam darah mereka. Ciri ini mungkin menjejaskan tafsiran hasil diagnosis.

Bilakah ujian ini akan dijalankan?

Doktor boleh menasihati supaya anda melakukan pemeriksaan darah untuk virus denggi jika anda menunjukkan simptom yang biasa dikaitkan dengan demam denggi. Antaranya:

  • Demam tinggi mendadak (104 ° F atau 40 ° C)
  • Sakit kepala yang teruk atau kesakitan di belakang mata
  • Sakit sendi, otot dan/atau tulang
  • Gusi dan hidung berdarah
  • Mudah lebam
  • Jumlah sel darah putih rendah

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Jun 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 15, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut