backup og meta

Diabetic Foot - Komplikasi Diabetes

Diabetic Foot - Komplikasi Diabetes

“Jangan minum air manis banyak sangat. Nanti kena potong kaki!”

Itu adalah ungkapan yang selalu berlegar dalam kalangan masyarakat. Bagaimana kencing manis menyebabkan kaki terpaksa dipotong? Keadaan itu disebut sebagai diabetic foot atau kaki diabetes.

Apakah itu diabetic foot?

Diabetes boleh menjejaskan kaki melalui 2 keadaan:

1. Neuropati diabetes. Kadar gula di dalam darah yang tidak dikawal berpotensi merosakkan urat saraf. Jika bahagian kaki dan tangan terjejas, pesakit akan hilang rasa panas, sejuk dan sakit. Kesannya, luka dan kecederaan yang berlaku tidak akan diendahkan serta tidak diuruskan sehingga berlaku jangkitan.

Otot-otot pada kaki juga mungkin tidak berfungsi dengan baik disebabkan urat saraf yang rosak. Keadaan ini menyebabkan kaki tidak lurus dan sejajar seperti kedudukan biasa. Kedudukan ini menyebabkan ada bahagian yang menerima tekanan lebih daripada bahagian lain sehingga berlaku ulser.

2. Penyakit vaskular periferal. Diabetes menjejaskan peredaran darah. Tanpa bekalan darah yang baik, luka akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Salur darah kecil yang terletak di bahagian hujung (periferi) badan seperti tangan dan kaki kerap terkesan. Ia disebut sebagai penyakit vaskular periferal.

Walaupun luka atau ulser kecil, ia adalah bahaya bagi pesakit diabetes kerana mereka mengambil masa yang lama untuk pulih. Tambahan pula, sistem ketahanan yang lemah membuatkan jangkitan lebih mudah berlaku. Daripada luka biasa boleh merebak menjadi besar. Lebih parah, jangkitan masuk ke dalam darah sehingga menjejaskan organ-organ lain di dalam badan. Dalam kes seperti ini, kaki mungkin terpaksa dipotong.

Penjagaan kaki adalah sangat penting

Disebabkan risiko yang ada pada pesakit, penjagaan kaki adalah sangat penting bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk dan untuk mengelakkan kaki terpaksa dipotong!

Perkara berikut boleh dilakukan sebagai langkah penjagaan kaki:

  • Lakukan pemeriksaan kaki setiap hari. Lihat jika ada luka atau ulser.
  • Basuh kaki setiap hari untuk membunuh kuman.
  • Pastikan kulit kaki sentiasa bersih dan lembut. Gunakan pelembap dan losyen.
  • Jika ada bisul atau kulit keras, buang dengan berhati-hati supaya tidak menyebabkan luka.
  • Potong kuku secara berkala. Jika pesakit tidak mampu disebabkan penglihatan dan deria rasa yang lemah, minta bantuan orang lain.
  • Gunakan kasut dan stokin. Jangan pakai selipar yang mendedahkan kaki. Ia menambahkan risiko untuk cedera.
  • Banyakkan berjalan untuk memastikan darah sentiasa mengalir.
  • Sila dapatkan bantuan perubatan jika berlaku luka. Ia perlu dibersihkan serta dilindungi dengan antibiotik.

Pesakit diabetes tidak seharusnya dibiarkan sendirian kerana kebatasan yang ada untuk menjaga diri sendiri. Selain langkah-langkah di atas, pastikan kawalan gula di dalam darah berada di tahap yang baik.

Baca juga:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Diabetic Foot – https://medlineplus.gov/diabeticfoot.html

Diabetic Foot Care – https://www.emedicinehealth.com/diabetic_foot_care/article_em.htm

Diabetes and Foot Problems – https://www.webmd.com/diabetes/foot-problems#1

Versi Terbaru

17/04/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew

Diperbaharui oleh: Dr Rizan Nasir


Artikel Berkaitan

Kes Diabetes Di Malaysia Dijangka Meningkat 7 Juta Menjelang 2025, Ini Nasihat Pakar!

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Chooi Kheng Chiew

Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan