Apa itu Penjenisan darah?

Oleh

Definisi

Apa itu Penjenisan darah?

Dengan jenis darah, antigen ABO dan Rh boleh dijumpai dalam darah penderma dan bakal penerima. Ujian ini digunakan bagi menentukan jenis darah wanita sedang hamil dan bayi baru lahir. ABO, fktor Rh dan reaksi bersilang disemak di sini.

Darah manusia dikelaskan berdasarkan kehadiran atau ketidakhadiran antigen A & B. Dalam membran sel darah merah (RBCs) jenis A mengandungi antigen A; kumpulan B membran erythrocyte- mengandungi antigen B; Kumpulan darah AB memiliki kedua-dua A dan B pada permukaan membran sel darah merah; dan kumpulan darah O tidak memiliki kedua-dua A & B dalam membran sel darah merah. Kebiasaannya, serum individu mengandungi antibodi-antibodi untuk memuatkan antigen pada permukaan sel-sel darah merah. Ini bermaksud antigen A (kumpulan A) seharusnya tidak mempunyai anti-A; tetapi mereka akan mempunyai antibodi-antibodi anti-B. Ia adalah sebaliknya bagi mereka yang mempunyai antigen B. Darah jenis O akan mempunyai anti-A dan anti-B. Antibodi-antibodi ini yang menentang antigen A & B akan terbentuk dalam 3 bulan pertama selepas kelahiran apabila terdedah kepada antigen yang sama pada permukaan sel darah merah dalam bakteria usus.

Transfusi darah bermaksud homograft (disini ialah darah) dari satu individu ke individu lain. Adalah penting bahawa penerima tidak memiliki antibodi-antibodi yang menentang erythrocyte penderma. Sekiranya ini berlaku, ia boleh membawa kepada tindak balas hipersensitiviti, yang mengakibatkan demam ringan atau hipersensitiviti dengan hemolisis intravaskular yang serius. Sekiranya antibodi ABO penderma menentang antinuclear, ini adalah sangat janggal.

Individu dengan kumpulan darah O boleh mendermakan darah ke semua kumpulan darah (secara umumnya) kerana tiada antigen dalam sel darah merah. Individu dengan kumpulan darah AB boleh menerima darah dari mana-mana kumpulandarah (menjadi popular) kerana tiada antibodi yang bertindakbalas dengan darah yang dipindahkan. Kumpulan darah O sering dipindahkan dalam keadaan kecemasan, dalam keadaan kehilangan darah yang pantas dan mengancam nyawa, dan pemindahan darah harus dilakukan dalam kadar segera. Kes reaksi  transfusi darah adalah paling kurang sekiranya menggunakan kumpulan darah O. Wanita yang melahirkan anak seharusnya menerima darah jenis O negatif dan golongan lelaki kebiasaannya menerima darah O positif kedika transfusi darah dalam keadaan kecemasan sebelum reaktiviti silang dilakukan.

Jenis darah ABO tidak diperlukan untuk transfusi darah-sendiri (Darah diberikan kepada pesakit untuk beberapa minggu sebelum melakukan transfusi darah yang besar atau transfusidarah selepas pembedahan). Bagaimanapun di kebanyakan hospital,ujian ABO dijalankan ke atas pesakit yang memerlukan darah dalam stok bagi meneruskan transfusi darah apabila perlu.

Jenis darah antibodi antigen

Jenis Antigen

Jenis A A

Jenis B B

Jenis AB (penerima) A, B

Jenis O (enderma) Tiada

Faktor Rh

Kewujudan atau ketiadaan antigen Rh pada permukaan sel darah merah menentukan klasifikasi samada Rh positif atau negatif. Setelah berlaku ketidaksesuian dengan ABO, seterusnya antigen Rh adalah perkara yang penting bagimenentukan kejayaan transfusi darah. Elemen yang penting dalam Rh ialah Rho (D). Juga, terdapat beberapa faktor Rh yang kurang penting. Tanpa Rho (D), antigen Rh yang kurang penting akan digunakan untuk diuji. Sekiranya negatif, pesakit akan dianggap sebagai Rh negatif (Rh-).

Sistem jenis darah lain

Terdapat 9 kod genetik berbeza apabila menganalisa sampel darah. Kebanyakannya adalah kurang signifikan dan penting terhadap pmeriksaan klinikal. Bagaimanapun dalam kes klinikal tertentu, antigen darah yang kurang signifikan dan menerima darah yang penting boleh menjadi sangat penting. Ini kerap terjadi apabila berlaku transfusi darah melibatkan pesakit leukemia atau lymphoma. Analisis PCR Multiplex microarray boleh dikenalpasti untuk pelbagai varian yang berkait dengan system kumpulan darah dan sngat berguna dalam mengawasi pesakit.

Mengapa penjenisan darah dilakukan?

Ujian darah digunakan bagi mengenalpasti kumpulan darah pesakit sebelum menderma atau menerima darah dan juga digunakan bagi menentukan jenis darah bagi mereka yang berkeinginan mempunyai anak bagi meramal risiko ketidaksesuaian Rh di antara ibu dan anak.

Situasi-situasi berikut memerlukan transfusi darah. :

  • Anemia yang teruk dan gangguan anemia seperti penyakit sel sabit dan talasemia (penyakit hemolitik kongenital)
  • Pendarahan ketika atau selepas pembedahan
  • Kecederaan.
  • Kehilangan darah yang serius.
  • Kanser atau kesan kemoterapi
  • Patologi hematologi sebagai hemophilia (ganguan darah beku)

Ujian darah juga boleh dilakukan apabila individu mahu menderma organ, tisu atau sumsum tulang, atau mereka yang ingin menjadi penderma. Mengambil ujian ketika tersebut hanya satu daripada banyak ujian ain bagi menentukan kesesuaian diantara penderma dan penerima.

Kadangkala ujian darah dilakukan sebagai sebahagian proses bagi menentukan keturunan.

Perkara-perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum menjalani penjenisan darah?

Selain antigen A dan B, terdapat banyak lagi antigen-antigen lain. Memiliki jenis darah yang ganjil adalah suatu masalah apabila anda memerlukan transfusi darah.

Sekiranya transfusi darah tidak bersesuaian dengan jenis darah pesakit, akan terjadi reaksi selepas transfusi.

Adalah penting untuk anda memahami amaran dan langkah berjga-jaga sebelum menjalankanpembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai soalan sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat dan arahan lebih lanjut.

Ketahui apa yang terjadi

Bagaimana persediaan untuk penjenisan darah?

  • Anda harus mendengar penjelasan doktor mengenai ujian tersebut.
  • Anda tidak perlu berpuasa atau persiapaan tertentu sebelum melakukan ujian.

Apa yang berlaku ketika penjenisan darah?

  • Balutan di sekeliling lengan untuk menghentikan pendarahan.
  • Membersihkan kawasan suntikan dengan alkohol.
  • Suntikan jarum ke dalam urat. Suntikan mungkin melebihi sekali sekiranya perlu.
  • Sambungkan tiub untuk mengekang pendarahan.
  • Buang jalur pita di sekeliling lengan selepas mendapat darah yang mencukupi.
  • Memasang pembalut atau kapas pada kawasan suntikan.
  • Memasang urgo pada kawasan suntikan.

Doktor atau jururawat akan:

  • Mengambil sampel darah dalam tiub bertutup merah (warna penutup mungkin berbeza mengikut makmal).
  • Mengelakkan hemolisis.
  • Meabelkan tiub darah yang sepatutnya sebelum ia dibawa ke makmal.

Apa yang berlaku selepas penjenisan darah?

Anda tidak akan merasa sakit ketika disuntik. Bagi sesetengah individu, ketika jarum menusuk pada kulit. Bagaimanapun setelah jarum memasuki urat dan darah mula disebut, kebanyakannya tidak lagi merasai kesakitan. Umumnya, tahap kesakitan bergantung kepada skil jururawat, keadaan urat dan kepekaan anda terhadap rasa sakit.

Selepas darah diambil, perlu diletakkan pembalut dan tekan dengan lembut di kawasan suntikan jarum untuk menghentikan pendarahan. Anda boleh kembali melakukan aktiviti normal selepas ujian tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai penjenisan darah, sila berbincang dengan doktor anda untuk memahami arahannya.

Memahami keputusannya

Bagaimana mentafsir keputusan ujian?

Menentukan jenis darah ABO

Sekiranya sel darah melekat bersama setelah dicampur dengan:

  • Serum yang mengandungi antibodi menentang antigen A, anda menpunyai kumpulan darah A.
  • Serum yang mengandungi antibodi menentang antigen B, anda menpunyai kumpulan darah B.
  • Serum yang mengandungi antibodi menentang antigen A dan B, anda menpunyai kumpulan darah AB.
  • Sekiranya seldarah tidak berkumpul apabila serum yang mengandungi antibodi A & B dimasukkan, anda mempunyai kumpulan darah O.

Pengenalan rizab

  • Sekiranya sel darah melekat bersama apabila darah jenis B dimasukkan pada sampel darah, anda mempunyai kumpulan darah A.
  • Sekiranya sel darah melekat bersama apabila darah jenis A dimasukkan pada sampel darah, anda mempunyai kumpulan darah B.
  • Sekiranya sel darah melekat bersama apabila darah jenis A atau B dimasukkan pada sampel darah, anda mempunyai kumpulan darah O.
  • Sekiranya sel darah tidak melekat bersama apabila darah jenis A atau B dimasukkan pada sampel darah, anda mempunyai kumpulan darah AB.

Faktor Rh

  • Sekiranya sel darah melekat bersama apabila dicampur dengan antibodi menentang Rh, anda memiliki darah Rh-positif.
  • Sekiranya sel darah tidak melekat bersama apabila dicampur dengan antibodi menentang Rh, anda memiliki darah Rh-negatif.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal bagi jenis darah kemngkinan berbeza. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai keputusan ujian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Jun 1, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 1, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda