Sindrom Carpal Tunnel

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Definisi

Apa itu Sindrom Carpal Tunnel?

Sindrom carpal tunnel (CTS) ialah satu penyakit yang menjejaskan pergelangan tangan dan tapak tangan. Saraf yang mengawal rasa dan pergerakan pada pergelangan tangan dan tapak tangan yang terlibat dengan sindrom carpal tunnel adalah saraf median. Ia terletak di bahagian dalam  pergelangan tangan yang disebut sebagai carpal tunnel atau lorong-lorong sempit. CTS mungkin akan menyebabkan rasa berdenyut-denyut atau kebas di tangan anda ataupun rasa tajam, kesakitan yang mencucuk-cucuk di sepanjang pergelangan tangan sehingga ke lengan anda.

Apakah kebarangkalian Sindrom Carpal Tunnel?

CTS adalah perkara biasa yang boleh dihidapi dalam kalangan pekerja seperti penulis transkrip, juruwang, tukang daging, dan janitor. Ia boleh diurus dengan mengurangkan faktor-faktor yang berisiko. Sila bincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Carpal Tunnel?

Tanda-tanda dan gejala sindrom carpal tunnel yang biasa adalah rasa sakit, berdenyut-denyut, kebas, dan pegangan yang lemah (ada kecenderungan untuk menjatuhkan sesuatu) di pergelangan tangan, tangan, dan jari. Gejala-gejala ini sering bertindak pantas apabila tangan sedang memerah atau menggoncang. Sesetengah individu akan rasa tidak selesa di lengan atas dan bahu. Gejala-gejala ini semakin teruk pada waktu malam dan boleh mengganggu tidur.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Apabila anda mempunyai sebarang tanda dan gejala seperti diatas atau sebarang soalan, silalah berunding dengan doktor anda, terutamanya jika gejala-gejala ini mengganggu rutin harian hidup anda. Tubuh badan setiap manusia bertindak secara berbeza. Maka adalah bagus jika anda selalu berbincang dengan doktor mengenai apakah rawatan yang terbaik mengenai keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Sindrom Carpal Tunnel?

Di CTS, lorong menjadi sempit disebabkan pembengkakan di pergelangan tangan. Lorong yang mengecil telah memerah saraf median, dimana ia telah mencetuskan rasa sakit dan gejala-gejala yang lain.

Menggerakkan tangan dan pergelangan tangan berulang kali dengan cara yang sama, seperti menaip, menulis, dan menggunakan tetikus komputer, boleh menyebabkan CTS.

Wanita mengandung seringkali mendapat CTS kerana hormon mereka berubah dan mereka mengekalkan cecair. Beberapa penyakit, sebagai contohnya, gangguan otot dan tulang, tiroid kurang aktif (hipotiroidisme), dan penyakit kencing manis, juga boleh meningkatkan risiko mendapat CTS.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Carpal Tunnel?

Ada banyak faktor berisiko untuk sindrom carpal tunnel, seperti:

  • Sindrom carpal tunnel seringkali terjadi dalam kalangan wanita.
  • Keadaan yang merosakkan saraf seperti penyakit kencing manis boleh meningkatkan risiko kerosakan saraf, termasuklah kerosakan di saraf median anda.
  • Keradangan seperti artritis reumatoid, boleh menjejaskan tendon (urat yang tebal yang menyambungkan otot dengan tulang) di pergelangan tangan anda, akan memberi tekanan pada saraf median anda.
  • Perubahan terhadap keseimbangan cecair dalam badan anda.
  • Situasi-situasi tertentu seperti menopaus, kegemukan, gangguan tiroid dan kegagalan buah pinggang, boleh meningkatkan peluang anda mendapat sindrom carpal tunnel.

Faktor-faktor di tempat kerja seperti bekerja dengan alat-alat yang bergetar atau di barisan pemasangan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Carpal Tunnel didiagnosis?

Doktor akan memeriksa pergelangan tanga  untuk memeriksa tanda-tandanya, akan ketuk di saraf median dan akan membengkokkannya dan biarkan selama beberapa saat. Ujian-ujian istimewa (EMG) untuk memeriksa saraf-saraf dan otot-otot pergelangan tangan juga akan turut dilakukan.

Bagaimana pesakit Sindrom Carpal Tunnel dirawat?

Rawatan penyakit ini melibatkan dua langkah. Langkah pertama adalah perubahan gaya hidup: berhenti melakukan apa-apa yang menyebabkan CTS. Perkara ini sukar dilakukan kerana ia melibatkan kerja, namun cuba berbincang dengan majikan anda. Kadang-kadang perubahan yang mudah, seperti menggunakan pad pergelangan tangan ketika menaip merupakan satu cadangan yang baik dan sangat membantu. Ahli terapi fizikal atau ahli terapi pekerjaan boleh mencadangkan cara-cara yang berbeza untuk melakukan pekerjaan.

Langkah kedua adalah mengelakkan tekanan di saraf median. Rawatan yang biasa adalah seperti ubat, tuap pada pergelangan tangan, dan pembedahan biasanya akan dilakukan. Mengenakan tuap pada pergelangan tangan pada waktu malam adalah langkah terbaik, namun ada sebahagiannya memakai tuap pada waktu siang. Pil-pil juga memberikan kelegaan untuk jangka yang singkat untuk mengurangkan keradangan. Ubat juga boleh disuntik ke pergelangan tangan dan ia membantu untuk jangka masa panjang.

Pembedahan merupakan cara yang terbaik untuk memberi lebih ruang pada saraf dan mengurangkan tekanan pada saraf manakala rawatan-rawatan yang lain tidak berkesan. Dengan pembedahan, anda akan cepat sembuh, namun anda perlu merehatkan pergelangan tangan sekurang-kurangnya enam minggu untuk menggalakkan penyembuhan dan mengelakkan gejala-gejala yang baru.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Carpal Tunnel?

  • Ubah kelakuan yang menyebabkan CTS.
  • Mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.
  • Jika anda mengabaikan otot anda, peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah tipis.
  • Buka sebentar tuap di pergelangan tangan anda, jika anda memakainya pada waktu siang, untuk memberi senaman pada pergelangan tangan dan tangan anda. Jangan hentikan terus aktiviti menggunakan tangan anda dan melakukan senaman.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan