- Anda terdedah kepada suhu sejuk untuk jangka masa yang panjang
- Suhu sejuk disertai oleh angin
- Anda berada pada ketinggian yang lebih tinggi
Peringkat 2: Frostnip
Frostnip adalah peringkat pertama frostbite. Ia sangat ringan dan tidak merosakkan kulit anda.
Apabila anda mengalami frostnip, kulit akan menjadi merah dan terasa sejuk. Jika anda kekal di tempat sejuk, ia mungkin menyebabkan anda mula berasa kebas atau rasa mencucuk (prinkling).
Frostnip boleh dirawat dengan langkah pertolongan cemas yang mudah termasuk pencegahan pendedahan kepada sejuk dan pemanasan semula. Pemanasan semula boleh diperoleh dengan merendam kawasan yang terjejas dalam air suam selama 15 hingga 30 minit. Penggunaan sumber haba seperti dapur atau pad pemanasan harus dielakkan, kerana ia boleh menyebabkan terbakar.
Apabila kulit anda mula panas, anda mungkin berasa sakit atau kesemutan. Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seperti ibuprofen untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
Peringkat 3: Superficial frostbite
Pada peringkat ini, kulit anda akan mula berubah daripada warna kemerah-merahan ke warna kepucatan. Dalam beberapa kes, ia mungkin kelihatan biru. Kristal ais boleh mula terbentuk di dalam kulit anda. Oleh itu, kawasan kulit yang terjejas mungkin mempunyai rasa keras atau beku apabila anda menyentuhnya.
Kulit anda juga mungkin mula berasa hangat pada tahap ini dan anda mungkin melihat beberapa pembengkakkan. Ini adalah tanda bahawa kerosakan pada tisu kulit anda mula berlaku. Tisu di bawah kulit anda masih berkeadaaan baik, tetapi rawatan perubatan diperlukan untuk mencegah kerosakan selanjutnya.