backup og meta

Adakah Autisme boleh Sembuh?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

    Adakah Autisme boleh Sembuh?

    Semakin hari semakin ramai kanak-kanak didiagnosis menghidap autisme. Kanak-kanak yang mempunyai autisme mungkin mempunyai masalah berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain, menjadikannya sukar bagi mereka untuk menjalani kehidupan normal. Ibu bapa kepada kanak-kanak ini mungkin tertanya-tanya sama ada terdapat rawatan yang boleh menyembuhkan keadaan ini.

    Apakah itu autisme?

    Autisme, juga dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD), merupakan ketidakupayaan perkembangan saraf yang menjejaskan fungsi otak. Kanak-kanak autisme mungkin kelihatan normal tetapi cara mereka berkomunikasi, berinteraksi, belajar atau perilakunya mungkin berbeza. Keupayaan mereka berfikir atau menyelesaikan masalah boleh menjadi sangat luar biasa ataupun perlu dibantu. Sesetengah kanak-kanak boleh menjalani kehidupan seharian tanpa dibantu, tetapi terdapat juga yang memerlukan bantuan.

    Kanak-kanak autisme kelihatan seperti mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri dan mereka tidak peduli kepada orang sekeliling mereka. Mereka perlu untuk bersendirian. Mereka mempunyai masalah komunikasi tanpa verba. Mereka tidak menyedari apabila orang lain sedang bercakap dengan mereka. Mereka suka bergaul tetapi mereka tidak tahu cara untuk bermain atau bercakap dengan orang di sekeliling. Mereka tidak dapat memahami fikiran dan perasaan orang lain.  Dan mereka mungkin akan mengulangi perbuatan tertentu tanpa berhenti.

    Adakah autisme boleh disembuhkan?

    Sebenarnya, tiada rawatan yang boleh menyembuhkan autisme. Masih tiada rawatan yang boleh merawat simptom terasnya. Kanak-kanak autisme harus meneruskan kehidupan dengan autisme sepanjang hayat mereka. Meskipun begitu, terdapat rawatan yang boleh membantu menjadikan kehidupan pesakit autisme menjadi lebih baik. Mereka boleh menjadi lebih baik dengan penjagaan yang sempurna.

    Adakah terdapat sebarang rawatan terhadap autisme?

    Walaupun autisme merupakan penyakit sepanjang hayat dan tidak boleh disembuhkan, terdapat terapi dan ubat-ubatan yang boleh mengurangkan simptom autisme dan menyokong keupayaan pesakit untuk menjalankan aktiviti seharian.

    Kanak-kanak mungkin bertindak balas terhadap rawatan dalam cara yang berbeza. Demikiannya, ia adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada golongan profesional (doktor, pakar kanak-kanak) untuk memastikan rawatan yang diberikan adalah bermanfaat, dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

    Dan sentiasa beringat, kanak-kanak autisme masih boleh dijangkiti penyakit lain, atau tercedera seperti kanak-kanak yang bukan autisme. Maka, mereka memerlukan perhatian terhadap tahap kesihatan seperti kanak-kanak lain.  Mereka perlu berjumpa dengan doktor dan doktor gigi mengikut jadual. Walaupun begitu, simptom autistis ini mungkin akan menjadi penghalang. Sebagai contohnya, mereka tidak mahu bercakap dengan doktor, atau mereka tidak boleh duduk dengan tenang di atas kerusi doktor gigi. Di dalam kes sebegini, kesihatan mental dan fizikal haruslah dipantau.

    Tiada rawatan penyembuhan terhadap autisme tetapi rawatan awal adalah berkesan untuk mengurangkan simptom autisme, membantu kanak-kanak autisme belajar kemahiran baru untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi mereka. Diagnosis dan rawatan haruslah dilakukan secepat mungkin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan