backup og meta

5 Fakta Tentang Kanser Kolorektal

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/02/2023

    5 Fakta Tentang Kanser Kolorektal

    1. Apa itu kolorektal?

    Kolorektal adalah gabungan dua perkataan, iaitu kolon dan rektum. Ia adalah istilah perubatan yang merujuk kepada usus besar (kolon), manakala rektum pula adalah bahagian usus yang menghubungkan antara usus besar dan dubur.

    Ihsan daripada portal MyHEALTH

    Jadi, kanser kolorektal adalah sejenis kanser yang berlaku di bahagian kolon dan rektum. Ia sering disebut bersama kerana sifat dan tingkah laku serta rawatan kanser di kedua-dua bahagian ini adalah sama.

    2. Kanser kolorektal adalah antara 5 kanser utama di Malaysia, dan dunia

    Kanser ini bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Malah, menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2007-2011 yang dikeluarkan oleh Institut Kanser Negara, kanser kolorektal mengungguli angka pertama kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki dan yang kedua dalam kalangan wanita.

    Di peringkat dunia pula, kanser kolorektal berada pada kedudukan ketiga paling kerap berlaku, menurut World Cancer Research Fund International.

    3. Siapakah yang berisiko menghidap kanser kolorektal?

    Beberapa golongan berisiko menghidap kanser kolorektal. Golongan tersebut adalah:

    • Berumur lebih 50 tahun. Kebanyakan kanser berlaku dalam kalangan orang berumur dan kanser kolorektal juga tidak terkecuali.
    • Ahli keluarga terdekat mempunyai polip atau kanser kolorektal.
    • Mempunyai penyakit radang usus seperti ulseratif kolitis atau penyakit Crohn.
    • Mempunyai sindrom genetik yang berkaitan dengan kanser seperti familial adenomatous polyposis (FAP) atau hereditary non-polyposis colorectal cancer.
    • Merokok. Selain kanser paru-paru yang merupakan kanser utama disebabkan oleh merokok, risiko kanser kolorektal juga lebih tinggi dalam kalangan perokok.

    4. Adakah diet ada kaitan dengan kanser kolorektal?

    Mind your foods when you have hepatitis
    Diet Barat dihubungkan dengan peningkatan risiko kanser kolorektal

    Kajian melibatkan bilangan subjek yang ramai telah menunjukkan hubungan antara diet tinggi lemak, rendah serat dan peningkatan risiko kanser kolorektal.

    Apabila seseorang berpindah dari kawasan yang diet kebiasaannya adalah rendah lemak, tinggi serat ke kawasan yang mengamalkan diet tinggi lemak, rendah serat, risiko kanser kolorektal baginya meningkat dengan signifikan.

    Mengapa ia berlaku adalah tidak jelas. Ia masih lagi dalam kajian namun hubungannya adalah jelas dan benar.

    5. Bagaimana diagnosis kanser kolorektal dibuat

    Seperti hampir semua jenis kanser, diagnosis hanya boleh disahkan melalui sampel ketumbuhan yang dilihat di bawah mikroskop oleh ahli patologi. Doktor perlu mengambil sampel di tempat di mana ketumbuhan tersebut berlaku, sama ada kolon atau rektum.

    doctor-diagnose-stroke

    Tapi sebelum sampai ke tahap itu, doktor perlu mengesyaki seseorang itu mungkin menghidap kanser kolorektal melalui simptom-simptom tertentu atau mereka yang berisiko tinggi. Waktu terbaik untuk membuat diagnosis adalah sebelum berlaku apa-apa simptom kerana kebiasaannya apabila pesakit mula menunjukkan simptom, kanser tersebut sudah berada di tahap yang tinggi.

    Macam mana ingin didiagnosis sebelum simptom? Jawapannya adalah melalui ujian saringan yang dijalankan ke atas mereka yang berisiko tinggi atau berumur antara 50 dan 75 tahun. Semakin awal diagnosis dibuat, semakin baik pengakhirannya.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan