Berbicara Dengan Anak Tentang Pemikiran Membunuh Diri

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Permainan membunuh diri yang terdapat secara dalam talian boleh memanipulasi dan mendorong kanak-kanak untuk membunuh diri sebagai matlamat akhir. Jika anda membuat carian ‘suicide game’ dalam talian, terdapat lebih 416,000,000 carian (pada 15 March 2019) yang boleh anda perolehi dalam kurang sesaat. Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, adalah amat mudah untuk kanak-kanak mencari cara untuk membunuh diri. Jadi, adalah penting untuk anda berbicara dengan anak tentang pemikiran membunuh diri.

Perhatikan tanda-tanda

Terdapat beberapa simptom atau tanda yang boleh anda lihat kepada anak anda:

  • Perasaan. Wujud perasaan putus asa, tidak bernilai, ketakutan kehilangan atau apa sahaja perasaan negatif yang menyebabkan anak anda menjadi berbeza atau berubah dari sebelum ini.
  • Tingkah laku. Sebarang tingkah laku yang mendorong atau cenderung kepada perbuatan membunuh diri seperti sering melakukan perkara yang melibatkan risiko, kematian atau mengasingkan diri daripada aktiviti yang sering dilakukan.
  • Perubahan. Berlaku perubahan sama ada secara fizikal atau emosi.
  • Ugutan atau ancaman. Apabila anak anda mula untuk menunjukkan keinginan atau menyatakan hasrat untuk mati.
  • Situasi. Anak anda mungkin berdepan dengan peristiwa atau perkara yang cenderung menyebabkan timbulnya rasa malu, penghinaan, penolakan, kehilangan atau kegagalan.

Strategi yang perlu dilakukan

Bersikap normal tentang bunuh diri

Jangan takut atau terlebih emosi apabila berbincang mengenai bunuh diri dengan anak anda. Anggap bahawa ia adalah topik biasa, tetapi jangan meremehkan akibat dari melakukan bunuh diri ini. Nyatakan dengan jelas bahawa kematian bukan cara untuk memperolehi kebebasan atau melarikan diri daripada realiti dan wujud pelbagai cara lain yang boleh membantu menjadikan anak anda lebih gembira. Dalam situasi ini, masa adalah sangat penting. Pilih waktu yang sesuai di mana anak anda dapat memberikan perhatian kepada anda atau mungkin ketika topik ini sedang diperkatakan di dalam media. Ini adalah cara utama untuk berbicara dengan terbuka tentang bunuh diri dan membantu membebaskan anak anda dari perbuatan yang boleh membahayakan diri mereka.

Rancang apa yang ingin anda katakan

Bercakap tentang bunuh diri bukanlah satu tugasan mudah. Jika anda tidak pasti apa yang harus anda katakan, anda harus sediakan skrip terlebih dahulu. Apabila anda sudah menyediakan skrip, pastikan anda kekal dengan apa yang anda telah rancang. Anda pasti tidak mahu anak anda merasakan bahawa anda tidak mempunyai kepastian tentang topik yang ingin dikatakan itu.

Apa yang perlu anda katakan

  • Kongsi perasaan anda. Biarkan anak anda mengetahui bahawa anda mengambil berat dan prihatin dengan apa yang dirasai mereka. Dan impak yang akan berlaku ke atas keluarga jika mereka memilih untuk membunuh diri.
  • Kata-kata semangat. Sentiasa mengingatkan kepada anak anda bahawa mereka tidak perlu meletak matlamat yang tinggi kepada diri sehingga menimbulkan tekanan kepada diri. Beritahu kepada mereka bahawa adalah lebih baik untuk dikelilingi individu lain daripada keseorangan.
  • Puisi terapeutik. Jika anda tidak boleh meluahkan kata-kata secara terus kepada anak anda. Anda mungkin boleh memilih untuk mengespresikan diri anda melalui sajak atau puisi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Tarikh Reviu Mac 15, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Mac 15, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut