Cacar Air pada Kanak-kanak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Cacar air, atau turut dikenali sebagai chicken pox berpunca daripada virus varicella-zoster  – sejenis virus herpes. Jangkitan cacar air pada kanak-kanak, berlaku pada beberapa peringkat tertentu, kebiasaannya sebelum mencecah usia 10 tahun. Ketika jangkitan berlaku, sistem imun akan mengeluarkan protein sebagai antibodi untuk melawan virus dan akan melindungi seseorang individu daripada bakteri ini disepanjang hayatnya. Oleh itu, jumlah individu yang terkena jangkitan chicken pox  untuk kali kedua adalah sangat sedikit.

Simptom cacar air

Antara simptom pertama jangkitan yang boleh dikesan adalah demam, sakit kepala, sakit tekak atau sakit perut. Cacar air akan menyebabkan munculnya ruam kemerahan, dan gatal, pada bahagian muka dan belakang badan, kemudian ia merebak ke bahagian badan yang lain. Sesetengah kakak-kanak akan berasa tidak sihat, sehingga menyebabkan hilangnya selera makan ketika berlaku jangkitan.

Simptom utama jangkitan, di mana ruam akan berkembang kepada tiga peringkat yang berbeza. Pertama, ruam akan menjadi bintik merah kecil seperti jerawat atau gigitan serangga dan sangat gatal. Selepas 2-4 hari, ia akan berkembang kepada lepuh (blister) berdinding nipis yang dipenuhi cecair, yang amat mudah pecah dan menyebabkan menjadi luka terbuka. Kemudian, ia mengering dan menjadi seakan kudis berwarna coklat. Semua peringkat ini – ruam, lepuh dan kudis – boleh berkembang pada badan dalam masa yang sama. Kanak-kanak dengan gangguan kulit atau sistem imun lemah berisiko untuk mendapat rumah yang lebih banyak dan teruk.

Komplikasi cacar air

Kebanyakan individu yang terkena jangkitan ini akan pulih sepenuhnya. Tetapi, komplikasi yang kronik tetap mempunyai kemungkinan untuk berlaku, terutama kepada individu dewasa berusia, wanita mengandung, bayi dan individu yang mempunyai sistem imun lemah.

Antara komplikasi jangkitan yang mungkin berlaku:

  • Komplikasi yang biasa berlaku pada kanak-kanak adalah jangkitan kulit bakteria
  • Keradangan paru-paru boleh menyebabkan batuk berterusan, kesukaran bernafas
  • Wanita mengandung, boleh menyebabkan masalah pada kandungan – termasuk jangkitan merebak kepada bayi yang belum lahir
  • Keradangan otot jantung, sendi dan pelbagai bahagian pada mata

Walaupun komplikasi adalah jarang untuk berlaku, tetapi adalah penting untuk memberikan perhatian yang sewajarnya. Bawa anak ke ruang kecemasan di hospital jika ibu bapa mendapati wujudnya simptom yang membimbangkan seperti masalah pernafasan atau sakit kepala.

Apa yang menyebabkan cacar air?

Cacar air adalah penyakit disebabkan virus yang paling mudah berjangkit. Ia biasa wujud selepas berhubung dengan individu yang mengalami jangkitan ini. Jangkitan ini juga boleh menjangkiti apabila bernafas dalam zarah yang mengandungi virus daripada lepuh atau dalam udara sekitar individu yang dijangkiti yang batuk atau bersin.

Sering kali, individu yang pernah mengalami cacar air, berkemungkinan tidak akan dijangkiti lagi kerana badan telah mempunyai imun untuk melawan virus ini. Sebaliknya, individu yang tidak pernah dijangkiti cacar air dan tidak pernah menerima vaksin cacar air berdepan risiko jangkitan yang tinggi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Rujukan