Pada 24 April yang lepas, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan baru berkaitan aktiviti fizikal, tingkah laku dan jumlah waktu tidur kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
Fakta Disemak oleh Dr. Shelby
Pada 24 April yang lepas, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan baru berkaitan aktiviti fizikal, tingkah laku dan jumlah waktu tidur kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, pengarah WHO, “Fasa awal kanak-kanak adalah satu fasa perkembangan yang pesat dan ianya juga adalah satu tempoh masa di mana gaya hidup dan penerapan keluarga itu boleh disebatikan dalam diri mereka demi meningkatkan kesihatan mereka’
Dalam menghasilkan garis panduan ini, barisan pakar kesihatan daripada WHO telah menilai kesan tidur yang tidak mencukupi, masa di hadapan skrin dan juga manfaat aktiviti fizikal kanak kanak kecil.
Menurut Dr Fiona Bull, pengurus program pemerhatian dan pencegahan berteraskan populasi untuk penyakit tidak berjangkit, “meningkatkan aktiviti fizikal, mengurangkan tingkah laku sedentar (setempat) yang tidak bermanfaat dan memastikan tidur yang berkualiti dalam kanak-kanak kecil akan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental mereka, selain mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan penyakit-penyakit lain di usia dewasa’.
Sekiranya aktiviti fizikal yang sihat, tingkah laku sedentar dan tabiat tidur pada usia awal kanak-kanak dibentuk dan diterap awal, ianya akan menjadi tabiat yang akan mereka bawa sehingga mereka tua.
Rekomendasi WHO Sekilas Pandang:
Bayi bawah usia 1 tahun perlu:
Kanak-kanak berusia 1 hingga 2 tahun perlu:
Kanak-kanak 3 hingga 4 tahun perlu:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Dr. Shelby
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen