11 Fakta Tentang Manfaat Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kita sedar bahawa pemberian susu ibu kepada bayi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan susu formula. Akan tetapi, apakah sebenarnya khasiat tersembunyi daripada penyusuan susu ibu? Jika anda tidak pasti, teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui 11 fakta mengenai manfaat penyusuan susu ibu terhadap kesihatan si manja:

Bayi yang lebih sihat.

Bayi yang menyusu badan adalah kurang cenderung mendapat pneumonia, demam selesema, dan virus. Keadaan gastrousus seperti cirit-birit, yang boleh membahayakan si manja, adalah amat kurang berlaku dalam kalangan bayi yang menyusu badan.

Kurang risiko menghidap penyakit jangka-panjang. 

Jika anda menyusukan bayi, si manja anda akan kurang risiko mendapat penyakit kronik seperti diabetes (jenis I), penyakit seliak, dan penyakit Crohn.

Rendah risiko SIDS.

SIDS atau sindrom kematian bayi mengejut, adalah keadaan di mana bayi yang sihat mati semasa tidur. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan separuh risiko bayi anda mendapat SIDS.

Kurang risiko kanser untuk bayi.

Susu badan boleh mencegah kanser tertentu dalam alam kanak-kanak. Sebagai ibu, penyusuan susu badan juga adalah bermanfaat untuk anda. Ibu yang menyusukan bayi mereka adalah kurang cenderung mendapat kanser payudara pramenopaus dan kanser ovari.

Bayi anda mendapat vaksin terbaik. 

Kajian menunjukkan bahawa susu ibu mengandungi tinggi jumlah antibodi, yang menjadikan mereka bertindak balas lebih baik kepada vaksinasi berbanding dengan bayi yang minum susu formula.

Bayi lebih tenang. 

Ibu bapa mana yang tidak menyukai bayi yang kurang meragam? Susu ibu terbukti mengandungi bahan-bahan yang menenangkan bayi dan membantunya tidur lebih nyenyak.

Bayi anda rasa lebih selamat. 

Penyusuan susu ibu memerlukan hubungan fizikal yang rapat antara anda dan si manja. Kehangatan jenis hubungan kulit-ke-kulit ini memupuk ikatan kemesraan ibu dan anak, sekali gus membuatkan bayi anda rasa lebih selamat.

Kurang risiko obesiti. 

Memandangkan susu formula boleh membuatkan bayi bertambah berat badan, ia juga boleh menjadikan bayi terlebih berat. Berbeza dengan bayi yang menyusu badan, si manja akan naik berat badan dengan betul mengikut usia mereka. 

Susu ibu membantu perkembangan keupayaan intelektual bayi anda. 

Penyusuan susu ibu dikaitkan dengan skor IQ yang lebih tinggi semasa alam kanak-kanak mereka nanti. Walaupun bukti masih belum mencukupi yang mengaitkan hubungan punca-dan-kesan tersebut, namun adalah berbaloi jika anda mencubanya. 

Gigi lebih cantik. 

Penyusuan susu ibu merendahkan risiko bayi anda mendapat kaviti dan kerosakan gigi, dan ia juga mengurangkan peluang mereka perlu memakai pendakap gigi semasa besar nanti.

Bayi perempuan anda kurang risiko mendapat kanser payudara. 

Penyusuan susu ibu adalah amat penting jika bayi anda perempuan. Bayi perempuan yang menyusu badan mempunyai 25% kurang risiko mendapat kanser payudara semasa hayatnya. 

Penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk memulakan alam keibuan anda. Kedua-dua anda dan bayi akan mendapat manfaat daripada penyusuan susu ibu. Lagi pula, penyusuan susu badan adalah lebih mudah memandangkan susu sentiasa ada pada ibu dan hanya menantikan si manja untuk menikmatinya. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Januari 28, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 12, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut