Gajus

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Gajus?

Gajus digunakan untuk keadaan perubatan berikut:

  • Gangguan gastrousus (cirit-birit)..
  • Penyakit jantung koronari.

Bahan Gajus boleh digunakan secara langsung pada kulit untuk merawat ulser kulit, ketuat, dan ketumbit.

Gajus boleh diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda, pakar herba untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Gajus?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Gajus atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Gajus selamat digunakan?

Kehamilan dan Penyusuan Bayi:

Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Gajus adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan dari  penggunaannya tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

Pembedahan:

Berhenti mengambil Gajus sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum apa-apa pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Gajus?

Gajus boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kemerahan dan lepuh pada kulit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Gajus?

Gajus mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Sesetengah produk yang boleh berinteraksi dengan herba ini, termasuk:

  • Ubat anti-diabetes.
  • Ubatan penyekat reseptor angiotensin II (ARB), penyekat saluran kalsium (CCB), dan ubatan jantung yang lain.
  • Ubatan antibiotik, antikulat, antivirus.
  • Ubat penurun kadar lipid.
  • Ubat agen antikanser.
  • Anti cirit-birit.
  • Anti-radang.
  • Imunosupresan.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Gajus yang biasa digunakan?

Untuk cirit-birit:

Rebusan biasa daun dan ranting pokok gajus boleh diambil melalui mulut 2-3 kali sehari.

Untuk sindrom metabolik (penyakit jantung koronari):

Biji/kacang gajus tanpa garam boleh diambil melalui mulut selama lapan minggu.

Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Gajus?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Produk biji / kacang gajus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 27, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut