Tip Menyokong Ahli Keluarga Yang Alami Kemurungan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019

Memberi sokongan kepada individu yang alami kemurungan adalah satu perkara yang sukar dan mencabar. Jika individu tersebut merupakan ahli keluarga, ia pasti menjadi lebih mencabar. Anda harus menyedari, sokongan anda mungkin boleh memberikan impak yang besar dan menyumbang kepada pemulihan ahli keluarga anda itu.

Memahami Simptom Kemurungan

Langkah pertama dalam menjaga individu yang mengalami kemurungan adalah untuk memahami keadaan dan simptomnya. Ini adalah untuk anda dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku terhadap mereka. Berikut adalah beberapa simptom umum kemurungan:

  • Hilang selera makan atau penurunan berat badan secara tiba-tiba
  • Berdepan gangguan pemakanan atau masalah imej diri yang lemah
  • Sentiasa merasa sedih, kesepian, putus asa atau kecewa
  • Mudah marah, terganggu atau menangis
  • Alami gangguan tidur, insomnia atau tidur yang keterlaluan
  • Kurang tenaga, kerap letih
  • Kegelisahan, cemas atau kurang rehat
  • Berdepan dengan masalah komunikasi, lambat berfikir dan bertindak balas, hadapi masalah menumpukan perhatian, membuat keputusan atau mengingati perkara
  • Kerap atau berulang kali menyebut tentang kematian, ingin membunuh diri, percubaan untuk membunuh diri
  • Mengalami masalah fizikal; sakit kepala, sakit belakang atau sakit perut

Simptom yang disebutkan di atas adalah berbeza bagi setiap individu. Tetapi secara umumnya, kemurungan boleh menyebabkan kehilangan minat yang mengganggu perjalanan aktiviti harian. Adalah penting untuk menyedari bahawa kemurungan adalah satu masalah yang serius yang boleh dirawat. Kerana itu, penting untuk individu yang menghidapinya melakukan lawatan biasa dengan doktor. Anda harus memastikan ahli keluarga anda mengikut rawatan seperti yang diarahkan.

Berikan sokongan kepada individu yang anda sayangi

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang alami kemurungan:

Galakkan rawatan

Kemurungan perlu dirawat, perlu untuk membawa individu yang anda sayangi untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang paling berkesan. Ada masanya, individu dengan kemurungan sukar untuk mengenal pasti simptom yang dihadapi, yang memungkinkan mereka merasa bahawa mereka adalah normal atau mungkin mereka merasa malu untuk mendapatkan rawatan. Perkara yang boleh anda lakukan adalah bercakap dengan individu terbabit tentang apa yang anda sedari dan apa yang anda bimbangi. Apa yang paling penting adalah untuk anda meluahkan kesanggupan anda untuk membantu dan mendapatkan bantuan profesional.

Fahami risiko membunuh diri

Individu yang alami kemurungan cenderung untuk berniat membunuh diri. Ia kerap berlaku kepada individu yang berdepan dengan kemurungan yang kronik. Terdapat beberapa simptom yang boleh anda lihat sama ada mereka mempunyai simptom membunuh diri untuk membolehkan anda bertindak secepat mungkin.

  • Berulang kali bercakap tentang membunuh diri atau membahayakan diri
  • Taksub dengan kematian
  • Merasa putus harapan atau membenci diri sendiri
  • Sering bertindak bahaya atau perbuatan yang merosakkan diri
  • Cenderung mencari pil, senjata atau keganasan
  • Menjadi individu yang sangat tenang selepas kemurungan

Sekiranya anda merasakan terdapat ahli keluarga atau rakan yang mungkin mempunyai keinginan untuk membunuh diri, anda harus bercakap dengan individu terbabit dan luahkan kebimbangan serta mendapatkan bantuan daripada doktor kesihatan mental atau doktor penjagaan kesihatan lain, termasuk memberitahu ahli keluarga yang lain atau rakan terdekat tentang apa yang berlaku. Ia adalah penting untuk memastikan individu terbabit berada dalam persekitaran yang selamat untuk menyingkirkan segala kemungkinan percubaan membunuh diri.

Menjaga diri

Menjaga seseorang yang mengalami kemurungan pastinya boleh menyebabkan tekanan, jadi anda harus mempersiapkan diri anda; fizikal dan mental. Anda harus meluangkan masa untuk menjaga diri anda, carilah masa untuk melakukan hobi dan fizikal aktiviti yang anda gemari. Adalah penting untuk tidak mengabaikan diri semasa anda menjaga individu yang anda sayangi. Ada masanya anda juga perlu mendapatkan rawatan jika anda merasa kecewa dan keletihan. Akhir sekali, bersabarlah, kerana proses pemulihan ini akan mengambil masa yang lama untuk berkesan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tegas & Garang Itulah Sifat Anak Ke-3 Tapi Dalam Diam Manja, Nak Tahu Fakta Menarik Lagi? Baca Ini

    Mesti anda pernah terbaca mengenai fakta anak ketiga. Adakah ia benar atau tidak? Jom ketahui keperibadian anak nombor 3 yang mungkin tidak disedari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

    Ada perokok tegar yang mula beralih daripada rokok biasa kepada rokok gulung kerana sangka ia lebih baik. Klik untuk tahu bahaya rokok gulung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    kes terkini

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    hamil

    Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020