backup og meta

Parasomnia Dan Gangguan Tidur

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/05/2023

    Parasomnia Dan Gangguan Tidur

    Parasomnia adalah sekumpulan gangguan tidur yang melibatkan peristiwa atau pengalaman yang tidak diingini semasa anda sedang tidur, tertidur atau bangun. Parasomnia mungkin termasuk pergerakan, tingkah laku, emosi, persepsi atau impian yang tidak normal.

    Walaupun tingkah laku yang berlaku adalah rumit, anda sebenarnya masih dalam keadaan tidur dan peratusan untuk anda mengingati apa yang berlaku adalah sangat tipis. Jika anda menghidapi parasomnia, anda mungkin sukar untuk tidur sepanjang malam.

    Parasomnia adalah termasuk mimpi buruk, kegelisahan malam, tidur berjalan dan banyak lagi. Artikel di bawah akan memberikan sedikit penerangan agar anda lebih memahami tentang gangguan tidur yang mungkin dihadapi anda.

    Mimpi buruk

    Mimpi ngeri atau mimpi buruk yang sering berlaku dan membuatkan anda tidak tidur nyenyak boleh dianggap sebagai gangguan tidur. Ia dianggap sebagai gangguan tidur yang melibatkan peristiwa atau pengalaman yang tidak diingini semasa tidur. Jika anda mempunyai masalah mimpi buruk, anda mungkin takut untuk tidur atau bimbang bahawa setiap malam anda akan mengalami mimpi buruk yang sama.

    Mimpi buruk biasanya merupakan visual koheran yang tampak nyata dan selalunya melibatkan bahaya secara fizikal yang seakan realiti. Mimpi ngeri boleh mencetuskan emosi negatif seperti:

    • Kebimbangan.
    • Ketakutan.
    • Keganasan.
    • Kemarahan.
    • Malu.
    • Terhina / dihina.
    • Dan pelbagai emosi negatif lain.

    Mimpi buruk selalunya terjadi pada peringkat terakhir kitaran tidur. Ia berlaku disebabkan banyak faktor seperti trauma, penyakit, kebimbangan, kehilangan orang tersayang, atau reaksi negatif terhadap ubat. Hubungi doktor anda jika mengalami mimpi buruk lebih dari sekali seminggu atau mimpi buruk menghalang anda untuk mendapatkan tidur malam yang berkualiti.

    Ketakutan tidur

    Ketakutan tidur atau night terror ini melibatkan peristiwa yang tidak diingini disertai dengan tidur. Kebiasaannya, anda akan berada di atas katil dan memecahkan kesunyian waktu malam dengan jeritan anda. Malah anda juga mungkin akan pergerakan anggota badan melawan seperti menendang dan membelasah. Anda juga mungkin akan mengatakan atau menjerit tentang sesuatu yang tidak dapat difahami oleh individu lain, berpeluh dan mengalami ketakutan yang teramat sangat.

    Ketakutan tidur adalah perkara biasa bagi kanak-kanak, berusia antara 3 hingga 8 tahun. Kanak-kanak yang mengalami gangguan tidur ini sering bercakap dalam tidur atau tidur sambil berjalan.

    Individu yang mengalami gangguan tidur ini tidak akan bertindak balas terhadap suara dan boleh menjadi sukar untuk bangun. Apabila mereka bangun, mereka akan kekeliruan; tidak tahu di mana mereka berada atau apa yang berlaku. Selalunya mereka tidak akan mengingati apa yang berlaku.

    Tidur berjalan

    Turut dikenali sebagai somnambulism, berlaku apa apabila anda bangun dari katil dan berjalan walaupun anda masih tidur. Ia mungkin melibatkan satu siri tindakan kompleks yang lain, seperti sebelum berjalan, anda mungkin duduk di atas katil dan melihat sekeliling dengan keliru. Dalam situasi lain, anda mungkin akan melarikan diri akibat dari ancaman dari mimpi atau bayangan yang anda hadapi.

    Gangguan ini paling sering berlaku kepada kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun, walau bagaimanapun, ia boleh berlaku di kalangan individu dewasa. Gangguan ini kerap berlaku pada peringkat pertama kitaran tidur.

    Bagi kanak-kanak yang menghidapi gangguan ini biasanya akan berjalan ke arah cahaya atau ke bilik tidur ibu bapa. Ada juga kes, kanak-kanak berjalan ke tingkap, pintu atau pergi ke luar. Bagi kanak-kanak yang lebih tua boleh menjadi lebih bersemangat dan aktif ketika tidur.

    Sekiranya anda mengalami gangguan tidur, anda mungkin bercakap atau menjerit semasa anda berjalan. Mata anda biasanya terbuka dan mempunyai pandangan yang keliru, “berkaca”, malahan anda juga mungkin akan melakukan tugasan harian rutin yang biasanya tidak dilakukan pada waktu malam.

    Individu yang mengalami gangguan ini akan menjadi sangat keliru, dan tidak mengingati apa yang berlaku. Individu dewasa berkemungkinan untuk mengingati sedikit tentang apa yang berlaku. Dan agak mustahil untuk individu yang mengalami gangguan tidur berjalan ini dapat mengingati dengan jelas tentang apa yang berlaku.

    Ransangan kekeliruan

    Berlaku apabila seseorang individu terbangun dari tidur nyenyak pada pertengahan pertama kitaran tidur. Dalam sesetengah kes, gangguan ini mungkin berlaku pada waktu siang. Gangguan ini turut dikenali sebagai inersia tidur yang berlebihan atau mabuk tidur yang akan menyebabkan anda keliru dan tidak tahu di mana anda berada atau apa yang anda lakukan.

    Tingkah laku anda mungkin termasuk perkara berikut:

    • Bercakap perlahan.
    • Pemikiran yang mengelirukan.
    • Ingatan jangka pendek.
    • Tidak dapat memahami soalan atau permintaan.

    Mengigau

    Bercakap dalam tidur atau somniloquy biasanya tidak berbahaya, cuma akan mengganggu pasangan tidur, keluarga atau rakan bilik. Ia merupakan gangguan yang melibatkan seseorang individu bercakap semasa tidur dan tidak akan mengingati tindakannya. Ia boleh disebabkan faktor luaran termasuk demam, tekanan emosi, atau gangguan tidur yang lain.

    Dilaporkan dalam 50 peratus kanak-kanak kecil dan kira-kira 5 peratus orang dewasa dikatakan menghidapi gangguan tidur ini.

    Kekejangan kaki

    Ia berlaku secara tiba-tiba, kebiasaannya pada otot betis dan berlangsung beberapa saat sehingga tempoh 10 minit, tetapi kesakitan dari kekejangan yang berlaku mungkin akan berlanjutan untuk tempoh yang lebih lama.

    Selalu terjadi kepada individu dewasa yang lebih berusia, namun ia tidak mustahil untuk berlaku pada individu dewasa dan kanak-kanak.

    Punca berlaku kekejangan ini masih tidak diketahui, namun ia mungkin memiliki kaitan dengan duduk yang terlalu lama, dehidrasi, atau gangguan struktur seperti kaki rata. Perengangan otot, senaman, dan pengambilan air yang mencukupi dapat membantu mencegah kekejangan kaki.

    Tidur lumpuh

    Individu yang mengalami tidur lumpuh tidak akan dapat menggerakkan badan atau anggota tubuh sama ada semasa tidur atau bangun, tidak dapat bercakap, tetapi masih bernafas secara normal dan menyedari apa yang sedang berlaku.

    Gangguan ini tidak bahaya tetapi individu yang mengalaminya akan berasa takut kerana tidak mengetahui apa yang berlaku. Ia mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup atau ia akan menjadi fenomena berulang. Ia mungkin berakhir sendiri atau apabila seseorang menyentuh anda atau bercakap dengan anda.

    Tingkah laku tidur REM (RBD)

    RBD berlaku apabila anda bertindak dalam mimpi yang jelas semasa tidur, mungkin menjadi ganas dan menjadi lebih teruk dari masa ke masa serta boleh menyebabkan kecederaan. Biasanya berlaku pada individu lelaki berusia 50 tahun ke atas, tetapi gangguan ini juga boleh berlaku kepada wanita dan individu lebih muda.

    Individu yang mengalami RBD akan dapat mengingati butiran terperinci mimpi dan biasanya boleh dikelirukan dengan gangguan tidur berjalan dan rangsangan kekeliruan.

    Tidur enuresis

    Turut dikenali sebagai bedwetting adalah masalah individu tidak dapat menahan kawalan kencing ketika tidur dan kencing dengan tidak sengaja semasa tidur. Terdapat dua jenis enuresis: primer dan sekunder.

    Bagi enuresis primer, ia gangguan yang berlaku sejak kecil, dan kanak-kanak cenderung untuk mengalaminya jika terdapat ibu bapa atau adik beradik mereka pernah mengalami masalah ini.

    Untuk enuresis sekunder, biasanya berlaku ke atas individu yang pernah mengalami gangguan ini. Ia juga boleh disebabkan faktor masalah kesihatan seperti kencing manis, jangkitan saluran kencing dan tidur apnea atau mungkin kerana gangguan psikiatri.

    Halusinasi tidur

    Membayangkan peristiwa-peristiwa yang kelihatan sangat nyata, terutamanya visual dan melibatkan deria bunyi, sentuhan, rasa dan bau dan mungkin akan melibatkan pergerakan. Gangguan halusinasi tidur ini sering disalah tafsir sebagai bermimpi.

    Ia selalu berlaku dalam dua keadaan:

    • Ketika tidur (hynagogic)
    • Ketika bangun (hypnopompic)

    Seadainya gangguan ini berlaku pada waktu siang, ia menjadi tanda narcolepsy dan individu yang mengalami keadaan ini mungkin akan turut mengalami tidur lumpuh dan Hypnagogic hallucinations.

    Sindrom tidur makan

    Gangguan makan tidur (SRED) ini berlaku apabila terbangun pada waktu malam dan dalam keadaan anda separa sedar. Anda mungkin hanya akan mengingati sedikit atau langsung tidak mengingati apa yang terjadi.

    Apabila seseorang individu mengalami gangguan ini, cubaan untuk menghentikan gangguan ini cenderung akan menimbulkan kemarahan dan sangat sukar untuk mengejutkan mereka. Gangguan SRED ini berlaku walaupun perasaan lapar dan dahaga tidak hadir dan boleh berlaku pada bila-bila masa pada waktu malam.

    Pelbagai masalah boleh timbul daripada SRED termasuklah:

    • Memakan makanan yang pelik seperti rokok, kopi mentah
    • Makan atau minum bahan toksik
    • Kehilangan selera makan pada waktu pagi
    • Sakit perut
    • Kolestrol tinggi
    • Berat badan berlebihan atau obesiti

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan