backup og meta

Mengapa Merokok Bertalu-talu Selepas Iftar Lebih Berbahaya Daripada Apa yang Anda Fikirkan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/07/2022

    Mengapa Merokok Bertalu-talu Selepas Iftar Lebih Berbahaya Daripada Apa yang Anda Fikirkan

    Ramadan dikenali sebagai bulan berpuasa untuk umat Islam di seluruh dunia. Ini adalah bulan di mana semua individu yang beriman datang bersama-sama, menahan diri daripada sebarang jenis pemakanan daripada subuh hinggalah matahari terbenam. Selain makan dan minum, merokok juga dilarang di siang hari dan perkara ini boleh menjadi sangat mencabar untuk seorang perokok. Sebenarnya, ramai dalam kalangan perokok cuba untuk mengimbangi larangan sepanjang hari tersebut melalui merokok bertalu-talu semasa Iftar.

    Merokok bertalu-talu adalah tabiat merokok beberapa batang rokok secara berturut-turut tanpa henti. Bukan sahaja terhad kepada rokok, istilah ini juga boleh merujuk kepada penggunaan paip atau cerut. Kurangnya nikotin yang merupakan faktor ketagihan dalam rokok, dipercayai menyebabkan perokok merokok secara bertalu-talu kerana mereka perlu mengekalkan tahap tertentu nikotin untuk mengelakkan ketagihan.

    Merokok bertalu-talu setelah iftar boleh memberi kesan mendadak dan langsung kepada tubuh badan kita. Pengenalan secara tiba-tiba bahan-bahan toksik meletakkan sistem pernafasan dan saraf pada risiko yang tinggi. Sesetengah perokok juga akan menghisap rokok sebagai cara pertama untuk berbuka puasa. Sekarang cuba anda bayangkan, memasukkan perut kosong anda dengan racun dan toksik selepas lebih dari 12 jam berpuasa. Anda memutuskan untuk memilih bahan berbahaya yang terbukti yang boleh menyebabkan kesusahan pencernaan berbanding daripada mengisi perut anda dengan makanan dan minuman.

    Oesophagal sphincter bawah (LES), injap otot pada bahagian bawah esofagus (organ yang menghubungkan mulut ke perut), menghalang refluks asid gastrik. Merokok mengurangkan kekuatan LES, sehingga membolehkan asid perut refluks, atau mengalir ke belakang ke dalam esofagus. Rasa sakit yang menyakitkan di dada yang disebabkan oleh refluks dikenali sebagai pedih ulu hati. Dalam jangka masa panjang, refluks yang berterusan boleh menyebabkan ulser pendarahan dalam esofagus, menyempitkan esofagus yang menyebabkan makanan tersekat, dan perubahan sel oesophageal yang boleh menyebabkan kanser. Selain daripada refluks asid gastrik, merokok meningkatkan risiko ulser peptik, penyakit hati, penyakit Crohn dan batu karang.

    Selain daripada bahaya pencernaan yang jelas, merokok bertalu-talu juga boleh menjadikannya lebih sukar bagi anda untuk berhenti merokok. Selepas tempoh merokok bertalu-talu, tabiat tersebut akan dilakukan secara berterusan sehingga selepas Ramadan. Anda mungkin menyalakan satu rokok selepas rokok yang lain walaupun anda tidak berpuasa pada hari itu kerana anda telah dibiasakan untuk merokok secara berterusan semasa Iftar sepanjang Ramadan.

    Adalah penting untuk mengakui bahawa selain ketagihan fizikal nikotin, ketagihan mental atau tingkah laku boleh menyebabkan cabaran yang ketara kepada anda untuk berhenti merokok. Berhenti merokok selalunya bererti belajar semula atau menyesuaikan rutin tingkah laku merokok anda, yang mungkin menjadi halangan yang sukar untuk diatasi. Jika anda menghabiskan seluruh bulan dengan merokok secara bertalu-talu dan bukannya menggunakan tempoh tersebut sebagai batu loncatan untuk berhenti merokok, anda kini ditinggalkan dengan tabiat yang sukar diatasi.

    Mengimbangi masa puasa anda dengan merokok bertalu-talu juga akan menafikan manfaat pengurangan penggunaan rokok. Walaupun anda merokok hanya beberapa batang rokok dalam sehari pada bulan Ramadan, anda masih boleh terdedah kepada jumlah toksin yang sama. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila perokok mengurangkan penggunaan rokok mereka, mereka mungkin mengimbanginya kembali dengan menyesuaikan cara mereka merokok untuk mendapatkan jumlah nikotin yang sama, dengan cara merokok, menghisap lebih lama atau lebih kuat. Oleh itu, merokok bertalu-talu juga menyiratkan mekanisme penggantian di mana anda tidak akan mendapat faedah yang besar daripada larangan merokok semasa berpuasa. Oleh itu, satu-satunya penyelesaian sebenar adalah dengan menghentikan merokok secara terus.

    Sekarang anda tahu bahaya merokok bertalu-talu, mengapa tidak cuba berhenti merokok secara beransur-ansur sebelum, semasa dan selepas Ramadan? Selain mempunyai pelan berhenti, anda boleh menggunakan terapi penggantian nikotin sebagai bantuan berguna semasa tempoh berpuasa. Patch nikotin boleh digunakan pada siang hari untuk memastikan bekalan nikotin yang dikawal rendah akan dapat menghalang gejala withdrawal. Ini dapat membantu mengurangkan godaan untuk merokok bertalu-talu semasa iftar. Gula getah nikotin pula boleh membantu anda untuk menjadi sibuk dengan mengunyah dan bukannya merokok selepas iftar.

    Cubalah untuk mengurangkan kebiasaan merokok anda semasa anda mempersiapkan diri untuk menemui bulan suci. Kemudian, buatlah yang terbaik semasa bulan Ramadan dengan mengelakkan merokok bertalu-talu selepas Iftar dan mengurangkan penggantian rokok. Ramadan adalah masa dan motivasi yang sempurna untuk anda berhenti merokok. Sekiranya anda dapat menahan godaan untuk merokok ketika anda berpuasa, ia adalah petunjuk bahawa berhenti merokok adalah perkara yang tidak mustahil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan