Mengambil Ubat Tahan Sakit Secara Berkala Boleh Menyebabkan Gastrik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/07/2019

Jika anda seorang yang kerap mengambil ubat tahan sakit daripada farmasi setiap kali mengalami sebarang rasa sakit, sila berhati-hati. Ia boleh menyebabkan keradangan dan ulser pada perut dan bahagian awal usus kecil (duodenum).

Bagaimana ubat tahan sakit menyebabkan gastrik dan ulser?

Ubat tahan sakit yang kita maksudkan adalah ubat anti-radang bukan steroid atau nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs). Antaranya termasuk aspirin, ibuprofen, naproxen dan diclofenac. Ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor.

Ubat-ubatan ini adalah baik dan efektif tetapi ia boleh menyebabkan gastrik dan ulser jika digunakan selama beberapa minggu atau bulan.

NSAIDs mengurangkan hormon prostaglandin. Hormon ini mempunyai fungsi menghasilkan mukosa serta bahan-bahan yang meneutralkan asid di dalam perut. Jika kadarnya berkurang, lapisan dinding perut lebih terdedah kepada hakisan asid seterusnya meningkatkan risiko berlaku ulser.

Jangan amalkan tabiat mengambil ubat tahan sakit

Elakkan membelinya dengan terlalu kerap. Jika mengalami sakit yang ringan seperti terseliuh atau luka, mulakan dengan rehat dan tuam menggunakan ais atau air sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit. Jika ingin ambil ubat, anda boleh gunakan panadol atau paracetamol. Dua ubat ini tidak termasuk dalam kumpulan NSAIDs dan ia adalah lebih selamat.

Lebih bahaya lagi adalah anda mengambil NSAIDs kerana sakit perut. Jika sakit tersebut disebabkan oleh gastrik, ubat tahan sakit bukan akan mengurangkan kesakitan, tetapi bahkan memburukkan lagi keadaan. Silap haribulan, boleh berlaku pendarahan.

Walau bagaimanapun, terdapat keadaan kesihatan tertentu di mana seseorang harus mengambil NSAIDs secara berkala dalam jangka masa yang lama. Contohnya adalah penyakit yang menyebabkan rasa sakit berterusan seperti sakit sendi osteoartritis dan reumatoid artritis.

Bagi kes seperti ini, mereka harus menjalani pemeriksaan berkala untuk mengesan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku. Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat-ubatan lain bagi mengelakkan berlaku gastrik dan ulser. Ubat-ubatan tersebut termasuk:

  • Perencat pam proton (PPI) – omeprazole, lansprazole.
  • Penghalang reseptor H2 – cimetidine, ranitidine.
  • Anti-asid.
  • Misoprostol.

Ubat-ubatan yang disebutkan di atas ini membantu mencegah atau mengurangkan kesan NSAIDs ke atas lapisan dinding perut dengan mengimbangi fisiologi di dalam perut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Biji Cili Boleh Jadi Punca Sakit Apendiks, BETUL Atau KARUT?

    Ada orang kata biji cili adalah salah satu daripada punca apendiks. Adakah ia benar? Jika ya, adakah terdapat cara untuk merawatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Berat Badan Turun 50 kg? Biar Betul!

    Tidak mustahil untuk anda turun 50 kg berat badan. Apa? 50 kg?! Bagaimana? Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Anda Gastrik? Ketahui Puncanya

    Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Gastrik Ketika Bulan Puasa? Ia Bukan Sekadar Angin Dalam Perut, Ini 11 Cara Merawatnya

    Anda selalu rasa perut masuk angin, loya dan selalu sendawa kalau lambat makan? Itu mungkin tanda gastrik angin. Ini 3 cara hilangkan gastrik angin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    ubat sakit perut cirit birit

    Kerap Ke Tandas Selepas Berbuka Puasa? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/05/2020
    elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    9-makanan-untuk-penghidap-gastrik

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/04/2020

    Ladies, Selalu Sakit Bawah Perut? AWAS Ia Mungkin Tanda 5 Masalah Kesihatan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/12/2019