Malah tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya turut boleh menyebabkan gejala kemurungan (anda mungkin akan perasan bahawa anda lebih tidak bermaya pada hari-hari hujan). Matahari sangat penting untuk tenaga dan pembesaran.
Cahaya matahari juga memberikan vitamin D, iaitu vitamin yang sangat penting, yang membantu menguatkan tulang, sistem imun dan mengawal fungsi hormon.
- Cuba dapatkan 5 minit di bawah sinar matahari setiap hari
- Kalau bercadang untuk berada di bawah sinar matahari untuk tempoh masa yang lama, pastikan anda memakai pakaian bersesuaian atau menggunakan krim pelindung matahari.
Cara lain untuk meningkatkan tenaga
Masih tidak bermaya? Jika tips ini tidak berfungsi untuk anda, berikut terdapat beberapa perubahan kecil yang boleh anda cuba.
- Gunakan tangga. Elakkan dari menggunakan lif.
- Imej gambar. Letakkan gambar percutian pantai di meja anda. Ini membolehkan anda untuk melarikan diri dari realiti untuk beberapa minit.
- Membaca sajak atau puisi. Membaca adalah cara yang bagus untuk mendapatkan rehat yang cepat dari hari yang sibuk.
- Gunakan air sejuk. Anda boleh mendapatkan rangsangan tenaga dengan cepat dengan hanya memercikkan air sejuk di wajah anda.
- Dapatkan suplemen tambahan. Terdapat banyak suplemen yang boleh membantu meningkatkan tenaga. Namun pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang suplemen – terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan atau mengambil sebarang ubat harian.
- Bernafas dengan mendalam. Pernafasan secara mendalam boleh melegakan tekanan. Tahan nafas dalam kiraan tujuh dan kemudian hembus nafas melalui mulut, hitung hinggs kiraan lapan. Ulang sehingga anda merasakan tekanan berkurangan.
Mungkin terdapat beberapa cadangan yang sesuai untuk anda ikuti atau mungkin ada cadangan yang tidak bersesuaian dengan anda. Namun apa yang penting di sini adalah anda mencuba untuk kembali tingkatkan tenaga dan menghilangkan tekanan. Gunakan 10 minit masa rehat anda dengan sebarang aktiviti secara aktif untuk mengecas semula tenaga anda.
Hello Health Group tidak memberikan sebarang nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen