backup og meta

Mulakan Setiap Hari Dengan Segelas Jus Oren, Ini 5 Khasiatnya Buat Anda Sekeluarga!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/08/2022

    Mulakan Setiap Hari Dengan Segelas Jus Oren, Ini 5 Khasiatnya Buat Anda Sekeluarga!

    Apabila bercakap tentang jus buah, pastinya air oren antara yang menjadi pilihan utama.

    Rasa masam manisnya yang sedap, ditambah pula dengan tekstur isi buahnya yang lembut, membuatkan rasa dahaga terisi dengan mudah.

    Di samping rasa yang sedap, mari kita lihat apa lagi khasiat air oren menerusi artikel ini.

    #1. Ia membantu merangsang sistem imun

    Khasiat jus oren utama yang boleh dikaitkan dengan buah sitrus yang lain adalah kaya dengan vitamin C.

    Vitamin ini menawarkan banyak manfaat termasuk merangsang sistem imun dengan membantu sel-sel imun bekerja dengan lebih efisyen.

    Selain itu, bekalan vitamin C yang mencukupi adalah penting dalam pencegahan penyakit seperti Scurvy, yang lazimnya menjadi masalah untuk pelayar-pelayar zaman dahulu yang tidak berupaya untuk membawa tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan dalam pelayaran mereka.

    Sebab itulah anda digalakkan mengambil jus oren jika selalu jatuh sakit untuk menguatkan ketahanan badan.

    2. Air oren bersifat anti-radang

    Oren juga kaya dengan antioksidan yang dikenali dengan sifat anti-radang serta anti-penuaan.

    Antioksidan menghalang kesan radikal bebas ke atas badan anda dan membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

    gula

    #3. Ia membantu mengawal tekanan darah

    Pigmen utama dalam jus oren adalah hesperidin yang boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.

    Menurut kajian, 500 ml jus oren sehari secara berkala mampu menurunkan tekanan darah bagi orang dengan berat badan berlebihan serta meningkatkan kesihatan badan secara am.

    #4. Ia membantu mengawal kadar kolesterol

    Vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus oren membantu untuk mengurangkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat.

    Ia juga meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL seterusnya mengurangkan nisbah LDL-HDL.

    #5. Air oren sangat baik untuk kulit

    Akhir sekali, khasiat jus oren yang terakhir dalam senarai ini adalah ianya mempunyai manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit.

    Vitamin C di dalam jus oren boleh memberikan anda kulit yang sihat dan muda dengan merangsang pembentukan kolagen.

    Ia juga membantu menghalang dari kesan buruk sinaran UV matahari!

    Anak anda juga perlu minum air oren?

    jus buah

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu, bahawa air oren ini baik untuk kita. Namun bagaimana pula dengan si kecil kita? Bolehkah mereka meminumnya?

    Ibu bapa diingatkan untuk memberi 100 peratus jus buah-buahan segar.

    Selain itu, sila elakkan si kecil anda minum koktel atau kordial buah-buahan.

    Ini kerana ia mengandungi bahan perasa dan pewarna yang berlebihan serta berbahaya buat anak anda.

    Oleh itu, sila semak label terlebih dahulu sebelum membeli atau meminumnya.

    Air oren adalah pilihan yang paling terbaik kerana jus ini mempunyai kandungan gula yang paling rendah berbanding jus-jus yang lain selain tinggi kandungan vitamin C.

    Pun begitu, anda masih perlu berhati-hati kerana ada sesetengah kanak-kanak tidak dapat menahan sitrus yang ada dalam jus sekali gus menyebabkan perut mereka berasa tidak selesa.

    Jadi, anda dan anak anda boleh mengambilnya tanpa sebarang masalah. Cuma jangan terlalu banyak sehingga tidak mahu mengambil air kosong pula ya!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan