3 Perkara Yang Akan Berlaku Apabila Anda Berhenti Mengambil Produk Tenusu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Produk tenusu sangat enak, tanpa diragui. Ia juga mempunyai manfaat pada tubuh. Di sebalik manfaat tersebut, produk tenusu juga mendatangkan beberapa masalah terutamanya yang melibatkan sistem penghadaman.

Jika anda berhenti mengambil produk tenusu, anda akan terkejut dengan 3 kesan berikut yang akan berlaku.

1. Masalah perut misteri anda hilang

Masalah perut seperti kembung dan banyak angin mungkin disebabkan oleh produk tenusu. Sudah tentu banyak lagi sebab lain tetapi anda boleh cuba hentikan pengambilannya buat sementara waktu jika masalah perut anda selama ini mengganggu pemakanan anda.

Sekitar 65 peratus manusia mempunyai sekurang-kurangnya sedikit masalah dengan penghadaman laktosa, iaitu sejenis gula yang terkandung di dalam susu produk tenusu. Sebab itu, produk ini sering menjadi punca masalah perut.

2. Mengurangkan masalah alahan

Hidung berair, bersih dan jangkitan sinus yang menyakitkan mungkin akan berjaya dikurangkan selepas berhenti mengambil keju dan susu. Ia tidaklah menyelesaikan masalah tersebut sepenuhnya, dan anda mungkin masih memerlukan ubat-ubatan.

Namun, sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan simptom.

3. Berat badan anda menurun

Ini mungkin berita yang paling menggembirakan bagi sesetengah orang. Keju, contohnya, dikenali sebagai makanan yang menggemukkan. Begitu juga dengan coklat dan beberapa produk tenusu yang lain.

Dengan membuang makanan ini dari diet anda, anda akan terkejut dengan kesannya terhadap berat badan anda. Memang susah, tapi anda boleh cuba untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut