Tip Pemilihan Pencuci Muka yang Sesuai dengan Kulit Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019

Setiap rutin penjagaan kulit bermula dengan pencuci muka yang baik. Pencuci muka yang baik menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan, menyediakan kulit yang bersih dan jelas untuk produk penjagaan kulit yang lain berfungsi. Walau bagaimanapun, mencari pencuci muka yang betul boleh menjadi sangat rumit. Jangan biarkan beratus-ratus jenama dan jenis pencuci muka mengelirukan anda. Pencuci muka yang baik harus dipilih berdasarkan jenis kulit anda.

Jika anda mempunyai kulit yang normal atau berminyak

Pencuci muka berbuih adalah yang terbaik untuk anda kerana bukan sahaja boleh menghilangkan kotoran di permukaan malah dalam liang roma anda. Walau bagaimanapun, pencuci muka yang baik harus memastikan kulit anda kekal licin dan terhidrasi. Banyak pencuci berbuih membersih secara berlebihan, menyebabkan kulit anda merasa ketat dan kering. Anda harus menjauhi produk seperti itu. Rujuk kandungan pencuci muka untuk SLS / SLES dan detergen sulfat lain secara amnya. Bahan-bahan ini biasanya terlalu kuat untuk kulit wajah halus dan boleh menanggalkan minyak semulajadi daripada kulit anda, menyebabkan penghalang kulit menjadi lemah. Disebabkan itu jugalah, sabun bar tidak disarankan untuk kulit anda. Pencuci dengan detergen yang kuat boleh menyebabkan kulit meradang dan juga berjerawat.

Jika anda mempunyai kulit kering atau sensitif

Oleh kerana keupayaan pencuci berbuih membersih secara mendalam, pencuci berbuih biasanya turut melucutkan minyak semula jadi pada kulit kering dan sensitif. Oleh itu, pencuci berkrim atau bersusu lebih sesuai untuk kulit kering / sensitif kerana direka khas untuk membersihkan kulit secara perlahan-lahan dan tetap mengekalkan hidrasi. Anda disarankan dalah untuk mencari agen penghidratan dalam senarai ramuan, seperti asid hyaluronik. Sekiranya kulit anda terlalu sensitif sehingga tidak ada pencuci yang dapat melegakannya, anda boleh mencuba air micellar. Air micellar terdiri daripada micelles, molekul pembersihan minyak kecil. Micelles dapat menarik kotoran dari kulit anda tanpa mengeringkannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah merendam beberapa bola kapas dengan air micellar dan lap muka anda sehingga bersih. Anda tidak perlu membilas dengan air selepas itu.

Semoga cadangan di atas dapat membantu anda. Mencari pencuci terbaik yang sesuai untuk anda akan mengambil masa. Anda mungkin perlu mencuba beberapa pencuci sebelum menemui pencuci yang sesuai. Pastikan anda memberi perhatian kepada tindak balas kulit anda kepada setiap pencuci yang anda cuba untuk memastikan kesesuaian. Ringkasnya, pencuci yang baik harus membersih dengan baik sambil mengekalkan kelembapan untuk kulit anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mengapa Banyak Produk Penjagaan Kulit Menggunakan Urea untuk Kulit Kering?

    Uroterapi, menggunakan air kencing sendiri untuk tujuan kecantikan telah ditemui dalam sejarah budaya orang Aztec dan masyarakat Mesir kuno.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Tips Memilih Pencuci Muka

    Mencuci adalah asas kepada apa-apa rutin penjagaan kulit. Ia adalah kunci kepada kulit yang sihat dan cantik. Pencuci yang baik bukan sahaja akan membasuh kotoran dan bakteria tetapi ia juga membolehkan produk penjagaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Pencuci Muka: Aspek Penting Penjagaan Kulit Muka

    Penjagaan kulit muka yang optimum bermula dengan pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. Andai tersalah pilih, kerosakan kulit boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu tentang Sheet Mask

    Sheet mask atau masker kertas merupakan sebuah inovasi hebat dalam produk penjagaan dan kecantikan yang muncul beberapa tahun lalu. Dengan hanya melekatkan masker kertas nipis berisi formula cair, produk ini dikatakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    tip-penjagaan-kulit-pesakit-lupus

    Tip Penjagaan Kulit Untuk Pesakit Lupus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/11/2019
    produk kecantikan

    Produk Kecantikan dan Kesan Sampingan Bahan Kimia Berbahaya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/08/2019
    Pencuci Muka untuk Kulit Berminyak dan Aspek Penjagaannya

    Pencuci Muka untuk Kulit Berminyak dan Aspek Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019
    Tip Penjagaan Kulit

    Tip Penjagaan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/05/2019