Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Antioksidan terkenal dengan keupayaannya melawan radikal bebas. Radikal bebas ialah atom atau molekul dengan sekurang-kurangnya satu elektron tidak berpasangan, menjadikannya sangat reaktif. Semasa proses yang dipanggil pengoksidaan, radikal bebas cuba untuk mencuri elektron daripada molekul lain, sama ada lemak, protein atau membran sel. Pengoksidaan menyebabkan kerosakan sel, yang menyumbang kepada penuaan dan penyakit degeneratif. Antioksidan boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga boleh mendapatkannya daripada makanan tambahan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik mendapatkan antioksidan daripada makanan.
Tidak semua antioksidan berfungsi dengan cara yang sama. Beta-karotena dan karotenoid yang lain menyokong kesihatan mata manakala lycopene membantu mencegah penyakit prostat. Jika anda inginkan jantung yang sihat, dapatkan lebih banyak flavonoid. Masalah dengan saluran kencing? Proanthocyanidins boleh membantu.
Pendedahan kepada tahap cahaya UV yang tinggi membawa kepada kerosakan foto-oksidatif. Ini bukan sahaja menyebabkan selaran matahari tetapi juga menyumbang kepada penuaan kulit pra-matang dan kanser kulit. Kajian menunjukkan astaxanthin dan gabungan beta-karotena dan vitamin E bermanfaat untuk kesihatan kulit.
Radikal bebas memberi kesan kepada sistem imun anda. Kajian menunjukkan bahawa astaxanthin dan spirulina boleh meningkatkan sistem imun, mencegah mutasi dalam membran sel dan DNA . Astaxanthin jauh lebih berkuasa berbanding karotenoid dan alpha-tokoferol (vitamin E) dalam aspek ini.
Cara yang paling berkesan untuk meningkatkan pengambilan antioksidan adalah dengan menambah lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda. 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko masalah jantung, penyakit saraf, kanser, dan masalah imuniti.
Jika anda tidak boleh mendapatkan antioksidan yang mencukupi, anda boleh mendapatkannya daripada makanan tambahan. Walaupun mungkin tidak sebaik seperti makanan antioksidan, adalah lebih baik daripada tiada. Terdapat beberapa peringatan yang perlu anda ketahui sebelum mengambil makanan tamabahan antioksidan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen