backup og meta

Jerawat Dewasa: Apakah Sebabnya?

Jerawat Dewasa: Apakah Sebabnya?

Jerawat ketika remaja atau ketika usia berginjak ke alam baligh adalah satu perkara yang normal. Ia tidak dapat dielakkan kerana perubahan hormon yang sedang berlaku. Tetapi mengapa jerawat masih muncul ketika di usia 20-30-an? Apakah sebab yang membuatkan munculnya jerawat dewasa?

Punca jerawat dewasa

Individu dewasa tetap berisiko untuk mendapat jerawat. Sesetengah individu yang berusia 30-an, 40-an, malahan 50-an masih mengalami masalah jerawat. Pakar dermatologi merujuknya sebagai ‘jerawat dewasa’. Masalah ini lebih cenderung dihadapi individu wanita berbanding lelaki. Mari kita lihat apakah puncanya:

  1. Hormon

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan munculnya jerawat. Antara sebabnya adalah seperti kedatangan haid, ketika kehamilan, perimenopaus dan menopaus serta ketika berhenti atau mula mengambil pil kawalan kehamilan.

  1. Tekanan

Tekanan juga boleh menjadi punca kepada munculnya jerawat. Apabila anda mengalami tekanan, kelenjar adrenal akan menghasilkan hormon kortisol tekanan yang berfungsi untuk membantu badan menangani tekanan. Tetapi pada masa yang sama, badan akan menghasilkan hormon androgen sebagai tindak balas kepada tekanan- untuk individu wanita, hormon ini merangsang kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak yang menjadi punca utama jerawat.

  1. Kosmetik

Sebarang produk yang diletakkan pada muka berpotensi menyebabkan pori tersumbat. Anda mungkin boleh memilih produk kosmetik, pelindung matahari dan sebarang produk kulit tanpa minyak. Produk non-comedogenic dan non-acnegenic juga merupakan pilihan yang baik.

  1. Pencemaran

Udara yang tercemar dengan bakteria dan kuman akan terperangkap pada permukaan muka. Ini sekali gus boleh menyebabkan pori anda tersumbat dan cenderung mengakibatkan wujudnya jerawat.

  1. Genetik

Jika ada mempunyai ahli keluarga yang cenderung mengalami jerawat, ia tidak mustahil untuk anda turut mengalaminya. Terdapat kajian yang menunjukkan sesetengah individu cenderung mempunyai genetik untuk jerawat, terutamanya jerawat dewasa.

  1. Perubatan

Sesetengah ubatan mempunyai kesan sampingan dan jerawat adalah antara kesan sampingannya. Jika anda merasakan ubatan yang anda ambil adalah pencetus kepada jerawat atau mungkin menjadikan jerawat anda lebih teruk, anda harus berbincang dengan doktor yang memberikan preskripsi ubatan tersebut.

  1. Kerap mencuci

Mencuci muka dengan terlalu kerap boleh menjadikan antara punca munculnya jerawat kerana kulit anda menjadi kering dan menyebabkan penghasilan minyak akan menjadi berlebihan untuk melindungi kekeringan yang dihadapi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Reasons You Have Adult Acne, and 7 Ways to Get Rid of It

https://www.self.com/story/adult-acne-causes-and-treatments / Accessed on March 26, 2019.

 

Adult acne

https://www.aad.org/public/diseases/acne-and-rosacea/adult-acne / Accessed on March 26, 2019.

 

Adult Acne: Popular Questions and Answers

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/ss/slideshow-adult-acne / Accessed on March 26, 2019.

 

I’m a Decade Past Puberty, Why Do I Still Have Acne?

https://www.healthline.com/health/adult-acne / Accessed on March 26, 2019.

 

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Cara Hilangkan Jerawat Badan Dengan Cepat, Gunakan Bahan Dapur Sahaja!

Rambut & Pakaian Punca Jerawat Pasir Muncul Di Muka? Ini 5 Tip Nak Hilangkannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan