backup og meta

Kesan Pembedahan terhadap Perubahan Hormon

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/12/2019

    Kesan Pembedahan terhadap Perubahan Hormon

    Pembedahan dan prosedur anestesia boleh membawa kepada beberapa perubahan hormon. Hipovolemi (penurunan isi padu darah) dan kesakitan adalah kesan langsung tindak balas hormon terhadap trauma termasuklah pembedahan. Oleh itu, aspek neuroendokrin (sistem hormon dan saraf), metabolik dan keradangan akibat kecederaan adalah sebahagian daripada tindak balas tekanan. Biasanya, kesannya dapat dilihat sewaktu pesakit sedang menjalani pembedahan.

    Apakah tindak balas endokrin terhadap pembedahan?

    Sistem endokrin atau hormon manusia bertindak balas terhadap pembedahan seperti tindak balas kepada tekanan.  Terdapat peningkatan pengaktifan sistem saraf simpatik dan rembesan hormon pituitari yang memberi kesan kepada rembesan hormon daripada semua organ endokrin. Sebagai contoh, pembebasan hormon kortikotropin dari kalenjar pituitari dalam otak merangsang rembesan kortisol dari korteks adrenal pada buah pinggang.

    Kesan metabolik keseluruhan perubahan hormon ialah peningkatan katabolisme iaitu metabolisma molekul untuk menyediakan sumber tenaga serta peningkatan mekanisme untuk mengekalkan garam dan air lantas mengekalkan jumlah cecair dalam badan untuk kestabilan sistem kardiovaskular.

    • Kortikotropin (ACTH)

    ACTH yang dirembeskan daripada kalenjar pituitari akan merangsang rembesan hormon kortisol daripada kalenjar adrenal, menyebabkan peningkatan hormon kortisol dalam darah. Pembedahan adalah salah satu penggerak utama ACTH dan kortisol, dan peningkatan tahap kedua-dua hormon dalam darah boleh diukur dalam beberapa minit selepas pembedahan.

    • Kortisol

    Rembesan hormon kortisol dari korteks adrenal meningkat dengan cepat pada permulaan pembedahan, akibat rangsangan oleh ACTH. Tindak balas kortisol boleh diubah dengan campur tangan anestesia. Dalam keadaan normal, mekanisme maklum balas yang mengesan peningkatan tahap hormon kortisol dalam darah akan menghalang rembesan hormon ACTH diteruskan. Mekanisme ini nampaknya tidak berkesan selepas pembedahan jadi kepekatan kedua-dua hormon kekal tinggi.

    • Hormon tumbesaran

    Hormon tumbesaran, juga dikenali sebagai somatotropin, dirembeskan dari kalenjar pituitari anterior. Rembesan hormon ini dirangsang oleh rembesan faktor daripada hipotalamus. Ia mempunyai peranan utama dalam mengawal pertumbuhan, terutamanya pada zaman kanak-kanak dan dalam tempoh perinatal. Rembesan hormon pertumbuhan dari pituitari meningkat sebagai tindak balas kepada pembedahan dan trauma, mungkin bergantung dengan tahap kecederaan.

    • β-endorphin

    Ia dihasilkan daripada molekul prekursor proopiomelanocortin. Peningkatan konsentrasi β-endorphin dalam darah selepas pembedahan mencerminkan peningkatan rembesan hormon pituitari. Hormon ini tidak mempunyai sebarang kesan metabolik.

    • Prolaktin

    Pengeluaran prolaktin akan meningkat semasa mengandung dan merangsang rembesan susu dari payudara. Tetapi rembesan prolaktin juga meningkat sebagai sebahagian daripada tindak balas tekanan terhadap pembedahan dan juga semasa bersenam.

    • Insulin

    Insulin dihasilkan dan dirembes oleh sel-sel β daripada pankreas. Insulin dilepaskan selepas pengambilan makanan apabila kadar glukosa darah dan kepekatan asid amino meningkat. Kepekatan insulin boleh berkurangan selepas menggunakan anestesia dan semasa pembedahan,

    • Glukagon

    Glukagon dihasilkan dalam sel-sel α daripada pankreas. Ia menggalakkan proses glikogenolisis (pemecahan glikogen kepada glukosa) dalam hati. Walaupun tahap glukagon meningkat secara sementara selepas pembedahan besar, ia tidak mempunyai kesan besar kepada tindak balas hiperglisemia (peningkatan gula dalam darah).

    • Hormon tiroid

    Thyroxine (T4) dan tri-iodothyronine (T3) disebarkan dalam darah dari kelenjar tiroid di bawah pengaruh hormon stimulasi tiroid (TSH). Hormon tiroid merangsang penggunaan oksigen dalam kebanyakan tisu aktif badan (pengecualian penting: otak, limpa dan bahagian anterior kelenjar pituitari.). dalam jangka panjang, untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan.

    Tahap hormon T3 bebas dan total hormon tiroid menurun selepas pembedahan dan kembali normal selepas beberapa hari. Kepekatan TSH menurun pada 2 jam pertama dan kemudian kembali ke tahap pra operasi.

    Di sebalik perubahan hormon yang berlaku sewaktu pembedahan ini, penggunaan anestesia atau ubat bius akan menghalang tindak balas tekanan sewaktu pembedahan dan memastikan tiada kesan tidak dikehendaki selepas pembedahan.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan