backup og meta

Manfaat Senaman Terhadap Kesihatan Pencernaan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/05/2022

    Manfaat Senaman Terhadap Kesihatan Pencernaan

    Sistem pencernaan yang kuat adalah penting untuk kesihatan anda. Jika makanan tidak dicerna dengan betul, ia boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan. Sebahagiannya termasuk pedih ulu hati, masalah gastrousus, sembelit dan keasidan. Bagi memastikan sistem pencernaan yang sihat, adalah penting untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Ini termasuk senaman dan pemakanan yang baik.

    1. Meningkatkan aliran darah

    Senaman membantu meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh, iaitu peredarannya lebih baik di mana-mana bahagian tubub termasuk sistem pencernaan. Menjaga pergerakan tubuh juga memastikan sistem pencernaan bergerak seperti yang sepatutnya. Dengan rutin senaman yang konsisten, ia membuatkan badan anda lemah dan memastikan fungsi tubuh berjalan lancar.

    2. Melegakan stres

    Tekanan boleh merosakkan sistem pencernaan anda. Bukan sahaja mengetatkan otot dan mengurangkan penyerapa nutrien ke dalam aliran darah, tetapi ia juha mengeluarkan hormon stres yang boleh menyebabkan kesukaran sistem penghadaman berfungsi.

    Senaman yang baik untuk melegakan tekanan adalah yoga, jogging atau kickboxing. Ia juga memberi gangguan sihat daripada masalah perut yang bleh menjadi punca tekanan.

    4. Mengawal berat badan

    Penambahan berat badan yang berlebihan adalah kesukaran bagi perut anda, melambatkan metabolisme dan menyebabkan pencernaan lebih sukar dan kurang produktif. Senaman membantu mengekalkan berat badan yang ideal dan memelihara bentuk tubuh yang mana memberikan sistem pencernaan anda berhenti daripada bekerja lebih masa.

    Mengekalkan berat badan yang sihat adalah baik untuk sistem pencernaan dan juga kesihatan secara amnya. Oleh itu doktor menggalakkan pesakit memasukkan senaman dan diet yang sihat dalam kehidupan mereka.

    5. Meningkatkan metabolisme

    Senaman kardio seperti jogging atau berbasikal meningkatkan stamina dan kadar metabolisme tubuh. Ini bermakna anda membakar kalori dengan lebih cepat dan memberikan sistem pencernaan lebih banyak tenaga untuk bekerja keras.

    Ini hanya beberapa manfaat senaman untuk sistem pencernaan anda. Mulakan dengan menambah 30 minit senaman ringan ke dalam rutin harian anda dan lihat perbezaannya.

    Jika anda mengalami masalah dengan senaman berimpak tinggi, anda boleh cuba berjalan atau berenang, yang mana lebih mudah bagi tubuh anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan