backup og meta

Manfaat Aktiviti Fizikal Pada Kesihatan Mental

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    Manfaat Aktiviti Fizikal Pada Kesihatan Mental

    Semua tahu bahawa aktiviti fizikal adalah baik untuk tubuh. Tetapi ia juga salah satu cara efektif untuk memperbaiki kesihatan mental. Senaman secara teratur boleh mendatangkan kesan positif kepada kemurungan dan kegelisahan. Ia dapat melegakan tekanan, memperbaiki memori, memberikan anda tidur yang lebih baik, serta meningkatkan emosi anda. Tidak kira berapa usia atau tahap kecergasan anda, anda boleh belajar melakukan aktiviti fizikal sebagai cara terbaik untuk merasa lebih baik.

    Manfaat kesihatan yang boleh diperolehi kesan daripada senaman secara teratur, adalah seperti:

    Kurangkan tekanan

    Salah satu manfaat untuk kesihatan mental adalah dapat mengurangkan tekanan. Berpeluh membantu mengawal tekanan fizikal dan mental. Aktiviti fizikal juga dalam meningkatkan kepekatan norepinephrine, bahan kimia yang dapat menyeimbangkan tindak balas otak terhadap tekanan.

    Meningkatkan bahan kimia gembira

    Bersenam akan mengeluarkan endorfin, kimia yang menciptakan perasaan bahagia dan keghairahan. Kajian menunjukkan bahawa senaman dapat menyingkirkan simptom kemurungan klinikal.

    Menambah keyakinan diri

    Tidak kira jantina, usia, saiz atau berat, aktiviti fizikal dapat meningkatkan persepsi seseorang individu terhadap daya penarik diri – keyakinan diri.

    Pencegahan penurunan kognitif

    Bersenam, antara usia 25 dan 45, dapat meningkatkan bahan kimia otak yang berfungsi menghalang kemerosotan hippocampus, bahagian penting otak yang bertanggungjawab tentang kognitif, ingatan dan pembelajaran. Kegiatan fizikal secara teratur dapat meningkatkan ingatan dan keupayaan untuk belajar perkara baru. Aktiviti fizikal juga boleh meningkatkan sel dalam hippocampus. Penyelidikan juga membuktikan berlari dapat meningkatkan penggunaan kosa kata lebih baik dalam kalangan individu dewasa yang sihat.

    Mengawal ketagihan

    Sesetengah individu mengalami ketagihan dopamin, kimia yang dikeluarkan otak sebagai tindak balas kepada sebarang bentuk keseronokan. Dan ia cenderung menjadikan mereka bergantung kepada bahan yang menghasilkannya, seperti ubatan atau alkohol. Walau bagaimanapun, senaman boleh membantu pemulihan ketagihan.

    Tingkatkan ketenangan

    Bagi sesetengah individu, senaman secara bersederhana adalah bersamaan dengan ubat tidur, walaupun untuk mereka yang menghadapi masalah insomnia. Bersenam sebelum tidur menjadi suhu teras tubuh dan apabila suhu kembali normal beberapa jam selepas itu, ia adalah isyarat kepada tubuh untuk tidur.

    Melakukan lebih banyak perkara

    Kajian menunjukkan individu yang bersenam secara teratur lebih produktif dan bertenaga daripada mereka yang tidak.54a

    Sesi senaman kardio boleh meningkatkan kreativiti sehingga lebih dua jam selepas itu. Jika anda memerlukan idea yang kreatif, luangkan masa untuk berjalan atau berlari untuk menyegarkan diri dan fikiran dalam masa yang sama.

    Adakah anda tertanya berapa lama masa aktif yang diperlukan untuk memberikan rangsangan kepada kesihatan mental? Ia tidak memerlukan masa yang lama. Bersenam selama 30-minit 5- sesi seminggu amat disarankan. Jika anda terlalu sibuk dengan tugasan kerja dan harian, 2- sesi 15 minit seminggu atau 3- sesi 10 minit sudah memadai.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan