Apabila Hubungan Kelamin Menyakitkan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Hubungan kelamin adalah amat penting dalam perkahwinan. Hubungan kelamin bukan sahaja perkongsian suami isteri tetapi juga adalah komunikasi intim yang tidak anda alami dengan orang lain. Walau bagaimanapun, sesetengah pasangan berasa sangat sukar untuk menikmati hubungan kelamin kerana rasa sakit yang berlaku di pertengahan proses. Oleh itu, jika anda sedang mencari penyelesaian bagi masalah ini, ketahulah meklumat berikut.

Punca kesakitan semasa hubungan kelamin

Kekurangan pelincir

Sesetengah wanita dilahirkan dengan faraj kering, menjadikannya sukar untuk melakukan hubungan kelamin secara normal. Jika anda tidak cukup pelincir semula jadi , penembusan akan menjadi menyakitkan.

Tekanan dan ketegangan

Tekanan dari sejuta kerja setiap hari akan membuat anda tertekan. Keletihan mungkin terasa sehingga ke waktu tidur. Dengan tekanan dan ketegangan hidup, anda mungkin tidak dapat menikmati keintiman dengan selesa. Oleh itu, kadangkala anda mengalami rasa sakit semasa hubungan kelamin.

Jangkitan kelamin

Terdapat pelbagai jenis jangkitan kelamin seperti herpes, dan trichomoniasis. Jangkitan ini mungkin menyebabkan perubahan dalam vulva dan vagina yang menyumbang kepada rasa sakit semasa hubungan kelamin dan membuat hubungan kelamin tidak menyeronokkan.

Endometriosis

Kira-kira 7% daripada wanita mengalami endometriosis. Dalam keadaan ini, tisu lapisan dalam rahim ditemui pada bahagian lain. Oleh itu, ia akan menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin.

Menopaus

Dalam tempoh menopaus atau selepas menopaus tamat, faraj dan vulva mungkin bertambah sensitif. Oleh itu, mempunyai hubungan kelamin semasa waktu ini mungkin menyakitkan.

Sindrom Usus Iritabel

Jika anda mempunyai simptom biasa IBS; tempoh kekejangan usus, dan sembelit bermusim, dan / atau cirit-birit, rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin tidak dapat dielakkan.

Rawatan

Jika anda kekurangan pelincir, cari pelincir yang sesuai. Gunakannya dari awal hubungan supaya anda boleh mengelakkan kesakitan semasa hubungan kelamin. Penggunaan dari  permulaan juga mengelakkan keperluan pelincir ketika sedang klimaks, yang boleh merosakkan waktu intim tersebut.

Jika anda mengalami tekanan atau ketegangan, cuba beberapa kelas yoga untuk menghilangkan kekusutan fikiran anda.

Jika anda mendapat jangkitan kelamin, anda perlu menghubungi doktor dan menjalani ujian yang sesuai.

jika anda mengalami endometriosis, anda mungkin perlu menjalani pembedahan laparoskopi. Rawatan yng terbaik adalah berjumpa dengan doktor dahulu.

Hubungan kelamin menyumbang  kepada kebahagiaan perkahwinan. Jika anda masih berasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda, anda perlu mengikuti langkah-langkah di atas atau dapatkan nasihat daripada pakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut