Apa yang Anda Perlu Tahu mengenai Menopaus

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tubuh badan wanita akan mengalami perubahan hormon pada setiap peringkat kehidupan mereka. Akil baligh dan kehamilan adalah dua peristiwa paling penting yang dialami oleh wanita. Bagaimanapun, tidak banyak wanita tahu mengenai peristiwa terakhir, yang juga merupakan fasa penting dalam kehidupan wanita – menopaus.

Apa itu menopaus?

Apabila kitaran menstrual wanita hampir berakhir, tubuh badannya akan beransur-ansur berhenti menghasilkan estrogen dan progesteron, jadi wanita sudah tidak boleh lagi hamil- tempoh ini dipanggil menopaus atau putus haid.

Menopaus tidak berlaku semalaman. Sebelum sampai ke fasa menopaus, wanita akan melalui tempoh yang dipanggil perimenopause, proses yang memakan masa, yang biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga bertahun-tahun, bergantung kepada sifat badan seseorang wanita. Dalam  sesetengah kes yang luar biasa, perimenopause boleh berlangsung sehingga 10 tahun sebelum wanita mencapai menopaus.

Kebanyakan menopaus adalah hasil perubahan semula jadi dalam hormon tubuh badan wanita apabila dia mencecah usia kira-kira 51 tahun. Bagaimanapun, seseorang wanita itu juga boleh mengalami menopaus pencegahan atau pembedahan, yang berlaku selepas menjalani pembedahan ataupun rawatan disebabkan masalah kesihatan tertentu. Menopaus awal (atau menopaus pramatang) berlaku sebelum seseorang wanita itu mencecah usia 40 tahun, juga boleh berlaku kepada mereka yang sihat dan tiada penyakit. Kebanyakan kes seperti ini boleh diperjelaskan mengikut ciri-ciri genetik wanita.

10 simptom- simptom menopaus

Tanda-tanda di bawah menunjukkan seseorang wanita itu sedang menjalani perimenopause, yang menjurus kepada menopaus kelak:

  • Kulit, kuku dan rambut kering, yang membawa kepada keguguran rambut yang teruk
  • Sukar untuk tidur
  • Kesukaran dalam menumpukan perhatian dan mengingat
  • Berasa panas dan berpeluh di malam hari
  • Mengalami kebimbangan dan denyutan jantung laju tanpa sebab
  • Kekeringan faraj yang membawa kepada kurang keseronokan dan keinginan seks
  • Perubahan emosi
  • Kitaran menstrual tidak menentu
  • Sakit kepala dan keletihan
  • Jerawat

Bagaimana untuk menangani simptom menopaus

Sesetengah wanita tiada kesukaran semasa perimenopause memandangkan mereka mengalami perubahan yang amat sedikit pada tubuh badan mereka, sementara untuk sesetengah yang lain, peringkat ini amat memeritkan sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Simptom menopaus tidak boleh dicegah sepenuhnya kerana ia adalah peringkat perubahan semula jadi yang berlaku dalam kehidupan setiap wanita. Walau bagaimanapun, ada beberapa tips mudah untuk mengurangkan keparahan simptom tersebut:

  • Perubahan pada gaya hidup: Wanita yang mengalami perimenopause perlu mengamalkan diet yang tertumpu kepada makanan yang kaya dengan estrogen seperti bijan, kekacang, kacang pis, dan buahan kering. Mereka juga perlu menjauhi alkohol, rokok dan melakukan senaman dengan lebih kerap.
  • Ambil ubat preskripsi untuk mengelakkan kepanasan atau kekeringan faraj. Anda juga boleh mengamalkan kaedah tradisional seperti akupuntur atau urutan selepas mendapatkan konsultasi daripada doktor anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Selalu Terkena Renjatan Elektrik Apabila Menyentuh Tombol Pintu? Ini Jawapannya!

    Pernah tak anda mengalami momen terkena renjatan elektrik apabila bersalaman dengan seseorang? Ia juga berlaku apabila anda menyentuh sesuatu barang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

    Setiap orang akan mengalami kulit leher berkedut & menggeleber akibat penuaan. Jadi jom kita sama-sama baca untuk tahu 3 cara untuk mengurangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Rasanya ramai individu yang mempunyai bulu hidung serabai & serabut bukan? Tenang, ini ada 3 cara mudah untuk membuangnya! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tiroid dan menopaus

    Sedang Mengalami Fasa Menopaus Yang Teruk? Hati-Hati! Anda Mungkin Ada Penyakit Tiroid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    hpv adalah

    Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan