Derma darah adalah amalan yang sangat baik. Namun di Malaysia, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah menderma darah. Jangan terkejut, kurang dari 3 peratus sahaja rakyat Malaysia yang menderma darah.
Mungkin sebab ramai yang masih tidak tahu apa itu derma darah. Mari kita lihat lima fakta mengejutkan tentang derma darah.
1. Ia mungkin mendedahkan penyakit yang tidak diketahui sebelum ini
Setiap darah yang diderma akan diuji dengan 13 ujian. 11 daripadanya adalah penyakit berjangkit seperti HIV, hepatitis B dan C. Jika mana-mana ujian tersebut positif, anda akan dirujuk ke profesional.
2. Anda harus mengambil makanan yang sihat sebelum menderma
Pastikan anda tidak banyak mengambil makanan yang tinggi lemak atau berminyak. Sebaliknya rangsang zat besi anda melalui makanan seperti kekacang atau daging merah.