Definisi
Apa itu Sawan Termenung (Petit mal seizure)?
Sawan termenung berlaku apabila kesedaran hilang dalam masa yang singkat dan secara tiba-tiba. Individu yang mengalami sawan ini kelihatan seperti merenung sesuatu dalam masa beberapa saat. Sawan jenis ini biasanya tidak melibatkan kecederaan fizikal. Sawan termenung biasanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat anti-sawan. Sesetengah kanak-kanak juga mengalami sawan jenis lain. Ramai kanak-kanak dapat mengatasi sawan ini setelah meningkat dewasa.
Apakah kebarangkalian Sawan Termenung (Petit mal seizure)?
Sawan termenung biasanya berlaku kepada kanak-kanak dalam linkungan umur 4 hingga 14 tahun. Tetapi, ia juga boleh berlaku dalam kalangan orang dewasa dan lewat remaja. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Sawan Termenung (Petit mal seizure)?
Simptom lazim bagi sawan termenung ialah:
- Merenung kosong
- Mengetap bibir
- Kelopak mata bergerak laju
- Terhenti percakapan
- Pergerakan tangan secara tiba-tiba
- Bersandar ke depan atau belakang
- Kelihatan tidak bergerak secara tiba-tiba
Individu dewasa sering menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami sawan termenung ini tidak berkelakuan baik atau tidak menumpukan perhatian. Guru kepada kanak-kanak ini yang biasanya mengesan simptom awal sawan tersebut. Kanak-kanak ini kelihatan tidak wujud daripada tubuh mereka untuk sementara waktu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen