Apa perasaan anda kalau secara tiba-tiba anda boleh berbahasa asing? Mesti excited dan terkejut. Tetapi perkara sebegitu tidak mustahil untuk berlaku. Pernah ‘tak’ dengar kisah individu yang bangun dari koma atau tidur dan boleh cakap loghat asing?
Koma vs bahasa asing
Foreign Accent Syndrome (FAS) atau sindrom aksen asing adalah gangguan penuturan yang menyebabkan perubahan kepada gaya percakapan seseorang individu. Ia membolehkan individu terbabit bertutur dalam bahasa asing selain bahasa pertuturan biasa.
Kebiasaannya keadaan ini disebabkan oleh kecederaan kepada otak seperti yang berpunca daripada strok atau sebarang kecederaan otak traumatik mahupun aneurysms, iaitu keadaan di mana saluran darah menjadi lemah dan pecah yang menyebabkan pendarahan dalaman .
Beberapa isu kesihatan lain seperti sklerosis berganda juga boleh menjadi punca. Jadi kalau seseorang individu mendapat kecederaan kepala serius mengakibatkan koma, tidak mustahil mereka akan mengalami FAS.