Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.
Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca
Apakah yang menyebabkan penyakit Pick?
Penyakit Pick, bersama-sama penyakit FTD yang lain, disebabkan oleh jumlah atau jenis protein sel saraf yang tidak normal dikenali sebagai tau. Protein ini dijumpai di dalam setiap sel saraf anda. Jika anda mempunyai penyakit Pick, mereka seringkali bergumpal di dalam bentuk sfera, dikenali sebagai Pick bodies atau sel Pick. Apabila mereka terkumpul di dalam sel saraf otak pada kawasan lob frontal atau temporal, mereka menyebabkan sel-sel tersebut mati. Ini akan mengakibatkan tisu otak mengecil, menghasilkan simptom-simptom dementia.
Pihak saintis masih belum mengetahui punca pembentukan protein yang tidak normal ini. Tetapi ahli genetik telah menjumpai genetik luar biasa yang berkaitan dengan penyakit Pick dan penyakit FTD yang lain. Mereka juga telah mendokumentasikan perkembangan penyakit ini di kalangan keluarga pesakit.
Faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap penyakit Pick?
Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah penyakit Pick didiagnosis?
Untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai penyakit Pick, doktor anda akan bertanya tentang simptom anda dan melihat kepada sejarah perubatan anda. Kemudian anda akan menjalani ujian khas yang menguji ingatan anda, tingkah laku,bahasa dan fungsi akal yang lain. Selalunya terdapat ujian bertulis. Anda akan menjawab soalan dengan menulis dan mungkin akan disuruh melukis objek tertentu.
Doktor mungkin akan mengesyorkan ujian darah untuk melihat kepada DNA anda sekiranya anda mempunyai genetik yang mengakibatkan penyakit Pick.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih lanjut tentang apa yang berlaku di dalam otak anda, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian pengimejan seperti:
- Pengimejan Magnetik Resonans (MRI): Magnet yang kuat dan gelombang radio digunakan untuk menghasilkan imej yang terperinci mengenai otak anda
- Single-photon Emission Computed Tomography (SPECT) atau positron emission tomography (PET) scan: Bahan radioaktif dan kamera yang khas akan menghasilkan gambar 3 dimensi untuk menunjukkan kawasan otak anda yang aktif dan yang kurang aktif
- Anda juga mungkin akan menjalani suntikan lumbar. Doktor anda akan menggunakan jarum yang panjang untuk mengambil sedikit cecair daripada kawasan tulang belakang untuk ujian saringan. Bagi kes yang jarang, doktor anda mungkin akan mengambil sedikit tisu otak anda untuk diuji. Ini dipanggil biopsi
Bagaimanakah penyakit Pick dirawat?
Tiada rawatan bagi penyakit Pick, atau ubat yang boleh memperlahankannya. Ia boleh berkembang secara perlahan-lahan, tetapi kebiasaannya ia akan menjadi teruk dengan kadar yang tetap. Sesetengah orang boleh hidup selama 10 tahun dengan penyakit ini.
Doktor anda boleh mengesyorkan rawatan untuk merawat simptom-simptom anda. Dia mungkin akan mengesyorkan terapi perilaku untuk mengawal sebarang tingkah laku yang berbahaya dan ubat anti murung untuk meredakan kegelisahan atau perilaku yang berbahaya.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani penyakit Pick?
Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen