home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Strok. Sekali Terkena, Lama Tersiksa.

Strok. Sekali Terkena, Lama Tersiksa.

Jika anda pernah menemui pesakit strok, pasti anda boleh lihat dan merasakan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka. Ada yang tidak boleh bangun, susah membuang air kencing atau bahkan yang lebih tersiksa adalah tidak boleh menelan makanan seperti biasa!

Di samping pesakit, penjaganya juga turut tersiksa dan terbeban. Penjagaan pesakit strok bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, ketabahan dan motivasi yang tinggi. Tanpa itu semua, mereka akan cepat putus asa.

Lebih 30% pesakit maut

Menurut data daripada Hospital Kuala Lumpur, 30%-35% pesakit strok yang dirawat di hospital berkenaan berakhir dengan kematian. Ini tidak termasuk peratusan yang terpaksa hidup dalam keadaan hilang upaya kekal.

Tambahan pula, penyakit cerebrovaskular ini adalah pembunuh nombor 3 di Malaysia selepas penyakit jantung iskemia dan jangkitan paru-paru (pneumonia), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai sebab utama kematian di Malaysia pada tahun 2017.

Kebanyakan serangan strok dapat dicegah

Dr Nurhidayati, seorang pakar perubatan dalaman di sebuah universiti tempatan, mengatakan bahawa lebih 80% daripada serangan strok boleh dicegah. Oleh itu, pencegahan adalah langkah yang terbaik untuk mengelakkan daripada diri tersiksa di kemudian hari.

Antara perkara yang boleh dilakukan termasuk:

  • Mengawal tekanan darah.
  • Mengawal kencing manis.
  • Berhenti merokok.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Diet yang sihat dan seimbang.
  • Mengamalkan gaya hidup aktif dengan bersenam.
  • Elakkan atau kurangkan pengambilan alkohol.

Awasi tanda-tanda strok

Beberapa tanda yang mungkin disebabkan oleh strok adalah:

  • Kebas atau lemah secara tiba-tiba di lengan, muka atau kaki terutamanya apabila ia hanya melibatkan satu bahagian badan sahaja.
  • Tiba-tiba sukar menelan.
  • Penglihatan terganggu secara tiba-tiba, sama ada melibatkan satu atau kedua-dua belah mata.
  • Tidak sedar, mengantuk, susah bercakap atau memahami percakapan secara tiba-tiba.
  • Hilang kestabilan atau koordinasi ketika berjalan.
  • Sakit kepala yang teruk, diikuti dengan mual dan muntah.

Gunakan kaedah FAST untuk mengenal pasti serangan strok dengan cepat

Apakah itu FAST?

Jika sudah terkena, hadapinya dengan tabah

Meskipun banyak perkara yang mungkin berubah dan hilang upaya selepas serangan strok, anda harus kuatkan semangat. Harapan masih ada melalui rawatan dan fisioterapi yang tersedia di hospital.

Jangan pernah putus asa. Di sebalik kegelapan malam, pasti akan berakhir dengan sinar fajar di penghujungnya.

Anda mungkin juga berminat:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 02/07/2018
x